Header Ads

ads header

Flash News

Bekas setpol terkejut Dr M temui Anwar, rayu jawatan PM


KUALA LUMPUR:
Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jawatan perdana menteri.

Zahid Md Arip berkata tidak mudah bagi beliau untuk mengulas tentang Mahathir dan keluarganya, memandangkan pernah berkhidmat dengannya dan bekas perdana menteri itu juga berkawan dngan datuknya.

“Saya sangat terkejutlah bila Mahathir sanggup pergi ke pejabat PKR, sanggup menemui Anwar, sanggup merayu semula jawatan perdana menteri, dalam keadaan ‘number’ (sokongan wakil rakyat) tidak menentu sama ada ada atau tidak.

“Itu sangat memeranjatkan saya,” katanya pada sidang media selepas mengangkat sumpah senator di Parlimen hari ini.

Mahathir minggu lalu bermesyuarat dengan Anwar dan pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR, membincangkan usaha mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional.

“Bukan mudah untuk saya komen tentang Mahathir, seperti mana juga Muhyiddin. Saya ucapkan selamat maju jaya,” kata Zahid.

“Saya menyeru kepada kawan-kawan saya yang berada dalam PPBM marilah kita bersatu dan memberi sokongan kepada Perdana Menteri Muhyidddin, presiden PPBM,” katanya. - FMT


MR :  Tak jumpa jalan ke...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Dah sampai masa atok ni..Jelas kalau ph harapkan atok lagi akibatnya jadi pakatan hancur.

    BalasPadam
  2. Bagi la harapan keoada atok agar hati yggundah daoat diubati.kejahatannya dapatditutupi

    BalasPadam
  3. Saya doakan TSMY sentiasa dilindungi Allah SWT, selamat dunia akhirat

    BalasPadam