Header Ads

Header ADS

Sarawak Report fitnah Muhyiddin lagi, kata PM langgar perintah kuarantin


Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan laporan fitnah Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser.

Laporan Sarawak Report itu adalah satu pembohongan dan tuduhan berniat jahat.

Menurut kenyataan media yang turut dikepilkan bersama pengesahan kesihatan perdana menteri itu, menegaskan yang presiden Bersatu itu telah disahkan sihat dan bebas daripada penyakit kanser.

"Semasa menjalani tempoh kuarantin, perdana menteri sentiasa mematuhi arahan tidak keluar rumah.

"Semua tugasan rasmi hanya dijalankan dari rumah termasuk mengadakan sidang video dengan Menteri Kanan Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan.

"Justeru dakwaan Sarawak Report bahawa perdana menteri melanggar perintah kuarantin dengan keluar rumah, apatah lagi terbang ke luar negara adalah sama sekali tidak berasas dan hanya rekaan penulis," katanya kenyataan itu.

Dalam kenyataannya juga PMO meminta Sarawak Report mengemukakan bukti termasuk menamakan pesawat yang dinaiki, hospital di Singapura dan doktor seperti yang didakwa.

Kegagalan berbuat demikian kata PMO, bermakna laporan yang disiarkan portal itu adalah berniat jahat untuk memburuk-burukkan imej perdana menteri.

"Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran.Sebelum ini Raja Petra Kamaruddin telah membongkar bahawa Sarawak Report mendapat kontrak jutaan ringgit untuk menjatuhkan kerajaan PN. (sila baca di sini)

"Fitnah ini merupakan satu gangguan yang tidak perlu ketika negara sedang berhadapan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang belum pernah dialami sebelumnya," kata kenyataan itu.

Sementara itu, mengulas mengenai tahap kesihatan perdana menteri, kenyataan itu berkata, bahawa perdana menteri cukup sihat untuk melaksanakan tugasnya.

"Beberapa pakar perubatan telah pun mengesahkan bahawa beliau kini bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk melaksanakan tugas sebagai perdana menteri," jelasnya.

MR :  Tak tahu kerja siapa, tapi gambar tak berbohong


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Lihatlah talam dua muka dajal. Dulu waktu jadi pm 4 anti sarawak report sekarang dah bersekongkol. Ini menunjukkan dia tak penting orang lain kecuali diri dia saja. Tak kena gaya siti hasmah tu dia jual kalu boleh.

    Didoakan TSMY akan terus sihat dan menjadi PM8 sehingga PRU15.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sr nilah dajjal yang sebenarnya. Pemfitnahan #1 di Malaysia sekarang ni. Apa yang disampaikan semua palsu dan dusta semata mata. Ini yang atok dok rapat sekarang ni

      Padam
  2. Tak salah apa yang DSNR buat dekat SR dahulu...mati kan terus SR ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, Setuju, Setuju... Ini dah melampau,, menguggat keteteraman dan berniat memporak perandakan negara.. Amat bahaya jugak pd mereka yg bersubahat,, ujudkan semula akta ISA bagi mengajar puak2 ini semua...

      Padam
  3. PDRM siasat segera perkara ini mungkin arahan dari pihak yg telah menjadi pembangkang terutama Mahadir Muhammad

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.