Header Ads

Header ADS

Bekas speaker Dewan Negara: Kembalikan kuasa raja seperti sebelum 1993


Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversial pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu.

Dalam ucapan amanat di Bangunan Parlimen hari ini, Vigneswaran yang merupakan speaker Dewan Negara yang ke-14 berkata pindaan kontroversial itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya sebagai Yang di-Pertua yang bersara untuk menyeru kepada kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang hangat didebatkan sehingga kini.

"Pada pendapat saya, (pindaan) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana pindaan dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu dan kedaulatan institusi diraja harus dikembalikan," kata Vigneswaran.

Vigneswaran dipercayai merujuk kepada Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Agong dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Sementara itu Vigneswaran yang juga presiden MIC berkata, beliau berharap kuasa raja-raja Melayu akah dikembalikan seperti pada zaman kemerdekaan.

"Dalam banyak perkara penting, kuasa raja-raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini," tambahnya lagi.

Vigneswaran berkata bahawa beliau telah mengarahkan satu penyelidikan berhubung Pindaan 1993.

"Masa saya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang baru, kita telah ada persidangan speaker-speaker di negeri Johor dan Sultan Johor telah bertitah bahawa percanggahan masa buat penggubalan perlembagaan.

"Bila saya balik ke Dewan Negara saya telah mengarahkan supaya satu penyelidikan dijalankan.

"Dan selepas penyelidikan dijalankan saya berpendapat bahawa penggubalan perlembagaan di mana kuasa raja-raja Melayu ditarik atau dikurangkan adalah tidak mengikut perlembagaan kerana persetujuan daripada majlis raja-raja Melayu tidak memberi kebenaran untuk membuat penggubalan," katanya.

Menurutnya, perlembagaan persekutuan sangat jelas menunjukkan bahawa sebarang pindaan undang-undang perlu mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu.

"Dalam era ini selepas kita telah melihat secara langsung apa yang dibuat oleh yang Agong dalam krisis politik dan sebagainya, pada pendapat saya masa yang sesuai kerajaan membuat penyelidikan balik supaya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan kerana dibawa sebuah negara majmuk.”

Vigneswaran juga berkata kertas penyelidikan 72 muka surat itu akan diedarkan kepada umum dalam masa yang sesuai.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa saranan beliau hanya mengembalikan kuasa raja-raja Melayu khususnya berkaitan rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketika ditanya apakah maksud beliau bahawa raja-raja Melayu tidak boleh diheret mahkamah Vigneswaran menolak.

"Tidak, yang itu semua dilakukan seperti biasa,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. isu perlembngaan raja-raja ini telah dihuru-harakan dn Raja-raja MELAYU telah ditelanjangi oleh nafsu MAHATHIR sendiri

    BalasPadam
  2. Legasi Tun Mahathir perlu dihapuskan.

    BalasPadam
  3. Agung berkuasa bakal semua bebas bahasa dan budaya dipupuk disemai hormat menghormati asal jgn berbuat salah membahayakan pada sesiapa pun.

    BalasPadam
  4. Legasi madey kutty dan kroni nya mesti di hapuskan, kerana madey negara tidak stabil, selagi madey hidup mala petaka sentiasa menghantui rakyat..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Tertabal tuhan raja manusia terhimpun daulat barang yg engkar dapat balasan barang yg taat setia berbahagia lah didunia akhirat merangkumi semua manusia tanpa mengira cara mana penyembahannya yg membentengkan diri dari terjerumus terjebak perbuatan jahat dilakukan .... jadi timbang2lah selama ini bakal sejarah diri berlalu tidak dapat diperbetulkan lagi.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.