Header Ads

ads header

Flash News

Daim Nak berita Menteri PH tak tahu nak tadbir dan Mahathir pula tak tunai janji ke?


Dalam satu wawancara Ahli politik veteran Daim Zainuddin berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah mengabaikan cadangan mengenai pengurusan pekerja asing yang kesannya dapat dilihat hari ini.

Daim yang juga anggota majlis penasihat kerajaan pada era pentadbiran PH mendakwa beliau secara peribadi telah menulis surat kepada perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dengan mengemukakan beberapa cadangan.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan setelah bertemu dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

"Cadangan-cadangan ini tidak hanya melihat tindakan yang tepat untuk menghalalkan dan menghantar pulang pekerja haram, tetapi juga akan membawa kepada dasar pekerja asing yang lebih lestari.

"Sebaliknya, saranan-saranan itu dirampas oleh pihak yang berkepentingan," kata mantan menteri kewangan itu.

"Akibatnya, usul-usul itu diabaikan dan janji manifesto yang lain tidak dipenuhi," kata Daim menjawab pertanyaan tentang penyesalannya yang paling besar dalam melihat kembali keputusan dan pelaksanaan dasar dalam masa dua tahun pentadbiran PH.

Menurut Daim akibat daripada kegagalan PH untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa dokumen dapat dilihat hari ini dalam pengurusan wabak Covid-19 di kalangan pekerja asing dan pendatang tanpa dokumen.

"Selain ketidakmampuan ketidakupayaan jejak kontak dan pengetahuan yang jelas mengenai ukuran jumlah dan keberadaan mereka, penangkapan 'tiba-tiba' (pendatang tanpa dokumen), dan ujian positif yang seterusnya terhadap mereka, tidak hanya menyebabkan peningkatan 'xenofobia' (sikap benci pendatang) di negara ini tetapi juga peningkatan keengganan untuk tampil ke hadapan bagi penghantaran pulang ke negara asal secara sukarela.

"Kita sekarang menghadapi situasi di mana penduduk tempatan menganggap Covid-19 menular hanya di kalangan orang asing, dan ini menimbulkan ketidakpercayaan, penderaan dan ketakutan terhadap semua pekerja asing," tambahnya lagi.

Daim berkata, kegagalan PH telah mengakibatkan aktiviti perniagaan, misalnya di sektor pembinaan, tidak dapat beroperasi semula kerana kekurangan tenaga kerja atau takut penularan berlaku dalam kalangan pekerja asing.

Sehingga 14 Jun, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan telah memeriksa 7,699 tapak projek di seluruh negara, di mana 5,528 daripadanya didapati tidak berfungsi.

Semua pekerja asing di sektor pembinaan diminta untuk menjalani pemeriksaan Covid-19 sebelum dibenarkan bekerja, susulan penemuan kluster baru di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

MR :  Daim ni mesti dapat duit drp Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Sayang semua nya sudah terlambat bagai tangga reput hanya bleh naik saparuh je.

    BalasPadam
  2. Dia ni kroni madey nomobor 1. Berapa bilion dapat melalui skandal UMBC dulu. Cuba google dan selidik. Lepas tu boleh dengan megah berkata dia seorang ahli perniagaan yang pandai yang boleh buat jutaan dalam setiap saat satu ketika dulu bila di wawancara di singapura. Sekarang dah kabur penglihatan dan jalan pun dah tak betul kena angin ahmar. Tuhan sengaja nak tunjuk bagaimana keadaan seorang yang munafik di penghujung usia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana pula orang lain yg miskin pun kabur penglihatan dan kena angin ahmar di penghunung usia? Kadang2 ada yg teruk daripada itu. adakah mereka ini Tuhan nak tunjuk jugak. be praktikal la. dah tua mesti macam2 penyakit kena. Samada dia kaya dgn cara betul tau salah,undang2 dunia dan mahkamah dunia masih mengatakan dia tak melakukan kesalahan. Biar mahkamah akhirat menentukan. Kalau nak google semua orang boleh google.. polis pun boleh google.. tapi kenapa dia tak ditangkap semasa dia berkuasa dan setelah tidak berkuasa?

      Padam
    2. Setiap orang yang yang melakukan kesalahan ada kifarahnya tak kira miskin atau kaya. Tepuk dada tanya selera. Tuhan maha adil. Banyak orang yang bersekongkol dengan para perasuah termasuk hakim. Lihat saja gopal sri ram sebab itu takde orang kena tingkap. Lepas ini insya Allah perkara2 ini akan berkurangan. Kalau awak kafir awak mungkin percaya hukum karma.

      Padam
  3. politik x da yg betul.. penipu belaka..yg nak kena bijak adalah rakyat.. pilih lah yg betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiii....kan kau kata semua tak betul..
      lepastu suruh bijak memilih..?
      nak pilih apa kalau SEMUA tak betul...?

      Betul tak..? ;)

      ke kau yang tak betul.. ehh betul ke tak betul ni.. hahahaha

      Padam