Header Ads

ads header

Flash News

Lagi keluar PKR, Naib ketua Wanita PKR Johor keluar parti


Naib Ketua Wanita PKR Johor Nor Ashidah Ibrahim dan 50 penyokongnya mengisytiharkan keluar parti itu dan akan menumpukan perhatian mereka terhadap dua NGO yang diterajui dua tokoh berkaitan Mohamed Azmin Ali.

Nor Ashidah berkata buat masa ini, dirinya dan rakan-rakan tidak akan menyertai mana-mana parti politik.

"Kami akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada NGO Nation of Women (Now) dan Penggerak Komuniti Negara (PKN)," katanya.

NOW dipimpin bekas ketua Wanita PKR Haniza Talha, manakala PKN pula diterajui oleh bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Nor Ashidah dan penyokongnya dirakam memegang logo NGO Now pada sidang akhbar hari ini.

Menurut Nor Ashidah yang juga Exco Wanita PKR pusat itu, kumpulan mereka hari ini termasuklah Bendahari Wanita PKR Johor Siti Noraini Md Jani dan pelbagai peringkat kepimpinan wanita negeri dan 18 cabang.

Nor Ashidah, yang juga Ketua Wanita Cabang Sembrong berkata, kesemua cabang yang terlibat adalah dari Cabang Tenggara, Mersing, Sembrong, Johor Bahru, Pasir Gudang, Pulai, Muar, Pontian, Tanjung Piai, Sri Gading, Sekijang, Simpang Renggam, Batu Pahat, Ayer Hitam, Ledang, Pagoh, Labis serta Tebrau.

Terdapat spekulasi bahawa Now, PKN dan NGO belia Pemuda Negara pimpinan Dr Afif Bahardin merupakan organisasi pelopor ke arah penubuhan parti politi baru oleh Azmin. Dikatakan Now akan menjadi sayap wanita, manakala Pemuda Negara bakal membentuk sayap pemudanya.

Pada suatu kenyataan yang dibacakan hari ini, Nor Ashidah menegaskan keputusannya keluar parti dibuat kerana dirinya "telah hilang kepercayaan kepada tampuk kepimpinan PKR."

"Mengambil contoh tindakan disiplin pergantungan ketua Wanita Pusat PKR, Haniza Talha, alasan yang diberikan adalah sangat tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

"Begitu juga apa yang berlaku kepada ketua Wanita PKR Johor Rahamizon (Abdul Ghani ) dan timbalan ketua Wanita PKR Johor, Tan Poh Lai serta teman-teman seperjuangan yang lain yang dikenakan pemecatan dan pergantungan tanpa sebab dan alasan yang berasas," katanya.

Dia juga mendakwa PKR kini lebih menumpukan usaha untuk 'menyekat' anggota yang berpihak kepada Azmin dan Zuraida.

"Tampuk kepimpinan sudah mula banyak alpa tentang idealisme serta hala tuju parti dan ianya lebih kepada membawa perpecahan serta gagal menjalankan amanah kepada anggota yang telah memilih mereka.

"Ini jelas menunjukkan ia lebih kepada meruntuhkan kemuafakatan yang selama ini dibina," katanya lagi.

Sementara itu, Rahamizon dipetik laporan The Star mendakwa lebih 300 ahli PKR Johor juga akan keluar parti.

Desas-desus mengatakan Azmin dan sekutunya merancang menubuhkan Parti Negara tetapi buat masa ini, mereka ditempatkan di bawah Bersatu.

Azmin dan 10 yang lain telah keluar PKR pada bulan Februari untuk menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Minggu lalu Dr Daroyah Alwi, yang merupakan timbalan Haniza dalam sayap wanita PKR, juga keluar dari parti itu dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang mesra PN.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. PKR parti KHIANAT RERORMASI RAKYAT.....KUBURKAN TERUS pemimpin2 BESAR MUNAFIK dalamnya

    BalasPadam
  2. DAP akan melihat peluang untuk memecah belahkan perpaduan melayu sekali lagi dengan adanya penubuhan parti baru azmin dan ibrahim ali. Apa agenda mereka untuk rakyat terutama yang bangsa majoriti negara ini? Sekarang rakyat perlu melihat dari segi kejujuran seseorang yang mahu jadi pemimpin. Kalau tak jujur tolak dan abaikan mereka.

    BalasPadam
  3. Anwar Ibrahim sudah tiada pengaruh. Azmin Ali lebih berpengaruh dalam PKR.

    BalasPadam
  4. Tapi kenapa nak kena buat satu lg parti baru (Melayu). X nampak mcm makin pecah ke. Atau memg x biasa duduk di bawah.

    BalasPadam
  5. Melayu = UMNNO + PAS + BERSATU + Azmin n Geng + Majoriti PKR + PAN + Minoriti DAP.
    Nampak jek Melayu nie bersatu. Tapi dlm parti politik nie pun dah ada 7 puak.

    BalasPadam