Header Ads

ads header

Flash News

Bil elektrik tinggi, TNB kaji semula mekanisma - Pengerusi TNB


KUALA LUMPUR:
Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik tinggi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (MCO) baru-baru ini.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata beliau dan seluruh pengurusan TNB serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bersama-sama Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti beberapa mekanisma untuk menangani rungutan yang disuarakan.

"Insya-Allah, doakan kami menemui jalan penyelesaiannya.

"Saya mengambil maklum akan keluh kesah dan rungutan yang diluahkan oleh Rakyat Malaysia setelah menerima bil berkenaan," kata beliau menerusi satu kenyataan yang dihantar di laman Facebook rasmi beliau.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, operasi bacaan meter TNB terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Oleh yang demikian, bacaan meter secara anggaran terpaksa dilakukan dan dihantar kepada pelanggan TNB untuk tempoh dua bulan (Mac dan April) melalui aplikasi myTNB.

Mahdzir berkata, sejajar dengan perkembangan semasa, operasi bacaan sebenar meter TNB telah dimulakan kembali sejak 15 Mei yang lalu dan bil terkini yang diterima oleh pelanggan adalah penggunaan sebenar sejak PKP bermula.

"Adalah menjadi misi saya untuk merakyatkan TNB apabila ditawarkan jawatan sebagai Pengerusi TNB oleh Perdana Menteri. Misi ini akan kekal selagi saya menyandang jawatan ini," katanya.

Mahdzir turut menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai habuan elaun yang diterimanya sebagai Pengerusi TNB adalah besar.

"Elaun sebenar yang diterima adalah jauh lebih rendah. Cukup saya katakan terlalu rendah daripada apa yang ditularkan.

"Saya amat berharap penjelasan yang dinyatakan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia seterusnya memberikan kelegaan," katanya.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kajian putar belit rakyat
    Rakyat adlah hamba

    Peduli apa nasib rakyat
    Rakyat buta
    Rakyat bodoh
    Rakyar makan rasuah

    BalasPadam