Header Ads

ads header

Flash News

Lima remaja ditahan rogol gadis 14 tahun


SUNGAI PETANI -
Lima remaja lelaki termasuk empat pelajar sekolah menengah dicekup selepas menjadikan seorang remaja perempuan 14 tahun sebagai 'pesta' seks di kawasan gelap Taman Delima, Tikam Batu, dekat sini pada 8 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penahanan kelima-lima suspek berusia 16 hingga 19 tahun itu dibuat orang awam yang menyedari kegiatan tidak bermoral itu sebelum memaklumkan kejadian kepada bapa mangsa yang kemudian membuat laporan polis.

Menurutnya, empat suspek berusia 16 hingga 17 tahun merupakan pelajar manakala suspek berusia 19 tahun tidak bersekolah dan juga menganggur.

"Pada 9 Jun, mangsa telah memberitahu bapa dan ibunya bahawa dia telah dibawa oleh dua kenalannya ke tepi hutan belukar Kampung Bukit Kecil sebelum dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka.

"Mangsa juga akui pernah melakukan hubungan seks dengan lima kenalan remaja lelaki sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bapa mangsa yang juga pengadu sebelum ini diberitahu oleh nenek mangsa bahawa remaja terbabit telah keluar rumah mengikuti kawan lelakinya.

Katanya, bapa mangsa kemudian telah mencari anaknya itu ke merata tempat sebelum mendapat tahu mengenai kejadian itu daripada orang kampung.

Beliau berkata, kes berkenaan kemudian diserahkan kepada Balai Polis Tikam Batu.

Susulan itu, Adzli berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan baharu dalam tempoh 24 jam dan kesan koyakan lama.

"Kesemua OKT (orang kena tahan) telah direman dari tarikh ditangkap dan akan diberikan jaminan polis pada hari ini," katanya. - SH



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan