Datuk Seri Salahuddin Ayub akan menyertai Bersatu?
Seperti yang dilaporkan oleh SUARA TV, Tiga Ahli Parlimen Amanah dijangka akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan lagi kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata SuaraTV, menurut sumber dalaman, tiga ahli parlimen tersebut ialah bekas Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub (Pulai), Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat), dan Dr. Hasan Baharom (Tampin).
“Ada tiga orang semuanya. Pulai, Hulu Langat dan Tampin.
“Bila, kita tidak tahu tapi tak lama(lagi) akan pi(menyertai). Kita tunggu la.
“Depa(mereka) kuatkan lagi kerajaan,” katanya ringkas kepada SuaraTv.
Beliau ketika ditanya berkenaan orang yang bertanggung jawab menarik ketiga-tiga ahli parlimen itu menyertai Perikan Nasional, bagaimanapun enggan memaklumkan secara jelas.
“Hang(kamu) tahu siapa, semua orang tahu dan kenal,” katanya.
SuaraTV sudah menghubungi ketiga-tiga ahli parlimen tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Walau bagaimanapun, masih belum mendapat sebarang maklum balas meskipun hantaran mesej pengesahan pada aplikasi tersebut menunjukkan ianya sudah diterima dan dibaca.
MR : Ini berita kencing atas kencing kot?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Kencing je ni, ni semua nak goncangkan PAS
BalasPadamParasite tak ayah join
BalasPadamHancing
BalasPadam