Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin elak jumpa media

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam ini yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin selesai kira-kira jam 11.40 malam tadi.

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan bertemu pihak media dan kemudian dilihat meninggalkan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya mesyuarat MPT Bersatu.

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat MPT pertama dihadiri oleh Muhyiddin setelah perdana menteri itu selesai menjalani kuarantin selama 14 hari yang berakhir semalam, susulan seorang pegawai yang hadir mesyuarat pascakabinet di pejabatnya disahkan positif Covid-19.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyifatkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) masih stabil.

Beliau yang lebih mesra disapa Pak Wan menegaskan, tidak timbul soal PN berdepan dengan masalah dalaman, jauh sekali terjejas dengan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerajaan.

“Saya fikir PN sangat stabil, sebab itu saya gesa semua pihak memberikan sokongan apa juga yang sedang dibuat Perdana Menteri dalam menghadapi krisis Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Kelab PAUM, Persatuan Alumni Universiti malam tadi.

Terdahulu Mohd Redzuan antara ahli MPT Bersatu yang lain menghadiri mesyuarat tergempar parti itu yang dipengerusikan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula kira-kira jam 8.30 malam ini.

Dalam pada itu, Mohd. Redzuan juga menafikan dakwaan beliau mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) sebelum ini.

“Siapa cakap (letak jawatan), tidak, terlalu banyak spekulasi, esok saya ada sidang media,” katanya ringkas.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini akan dikongsi bersama petugas media esok.

“Semua perbincangan tadi akan kita buat dalam sidang media esok hari. Lebih mudah kita buat sidang media, kerana banyak perkara satu persatu.

“Kita akan buat awal pagi esok, setiausaha akhbar Bersatu akan maklum nanti,” katanya.

Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula menegaskan, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan.



MR :  Nampaknya isu pengukuhan Bersatu dan Kerajaan PN menjadi isu/topik utama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kalau jumpa media nanti diputar belit oleh MK minum kencing, jadi biarlah elak dari media takpe. Ini urusan dalaman. Media ni kalau boleh warna seluar dalam pun nak tahu.

    BalasPadam