Header Ads

Header ADS

Dr Mahathir sedia keluar PH Plus


SHAH ALAM –
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Plus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Malahan, kata Mahathir, beliau tidak akan lagi menghubungi PKR ataupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai soal kerjasama antara kedua-dua parti.

“Sebaliknya, saya akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah,” kata Mahathir ketika ditemu ramah oleh Sin Chew Daily.

Tegas Mahathir lagi, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana mendakwa Anwar tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin ada pilihan lain. DAP dan Amanah masih menyokong saya untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Mahathir, PH yang sebelum ini Pakatan Rakyat sudah lama menjadi parti pembangkang kerana gagal mengalahkan Barisan Nasional.

“Pada Pilihan Raya Umum 2008, 2013, mereka tidak dapat mengalahkan BN. Pada PRU14, saya bersama dengan mereka. PH pada masa itu mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu. Akhirnya PH menang. Sebelum ini, mereka gagal.

“Oleh itu, PH cukup jelas bahawa mereka perlukan undi Melayu. Mereka merasakan saya boleh memberikan undi Melayu kepada mereka kerana parti Bersatu adalah parti Melayu. Parti-parti lain adalah parti berbilang kaum, pengundi Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum,” katanya.

Mengenai pelawaan Anwar untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor, Mahathir dengan tegas menolaknya.

“Tidak, saya tidak akan menerima jawatan itu,” kata Mahathir.

Menurut beliau, daripada pengalaman saya, saya tahu tidak ada orang akan mengikut arahan yang diberikan oleh Menteri Mentor ini.

“Pengalaman lama saya ialah ketika saya cuba memberikan nasihat kepada Perdana Menteri, mereka enggan terima dan tidak mengikut arahan saya. Itulah apa yang dilakukan oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perdana Menteri mahu menunjukkan beliau mengawal segala-galanya. Semua pemikiran adalah daripada dia sendiri. Beliau mahu meninggalkan legasi politiknya. Dia tidak akan kata: legasi politik saya adalah datang daripada Mahathir.”

Pada Sabtu lalu, Anwar ketika ditemubual oleh Channel News Asia, memberitahu, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Mahathir selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri.

“Mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi 'masalah' jika hubungan antara beliau dan Mahathir kekal mesra,” kata Anwar dalam temu ramah itu.


MR :  Itu terbaik, bersaralah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Orang tua ini sanggup jilat balik apa dia kata kat dap

    BalasPadam
  2. SEORANG KELING SEORANG KLENTONG...MOGA ALLAH TAMATKAN GILA KUASA NAFSU mereka segera

    BalasPadam
  3. Masuk DAP lah. Gelaran Negarawan dan segala darjah kebesaran akan di tarik balik.

    BalasPadam
  4. dah keluaq nanti salahkan orang lain pulak penyebab dia keluaq PHPlus... x caya tunggulah meroyan Atok...

    BalasPadam
  5. Ape nk kisah kan die nk masuk DAP Ker ape lantak p la die. jadi la komonis jadi penghkianat negara. nama tua satu akal pun xde.dh tua2 masih nk berpolitik.x sedar diri diri dh tua masih kemaruk nk jadi pm. bertaubat la tok m sebum terlambat.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.