Header Ads

Header ADS

Nak tanding takut hilang deposit, taja dan sokong calon bebas itulah satu-satu pilihan


PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad menggesa pengundi menyokong calon bebas yang juga bekas ahli PPBM, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada pilihan raya kecil DUN Chini.

Bekas perdana menteri itu berharap pengundi tidak akan dipengaruhi “sogokan” daripada mana-mana pihak kerana ia akan “menghilangkan kedudukan kita”.

“PPBM tidak meletakkan calon tapi saya seorang sokong calon ini,” katanya di Facebook hari ini.

Mahathir, yang keahliannya “terhenti” kerana mengingkari parti dengan menyertai blok pembangkang di Dewan Rakyat, berpendapat Tengku Zainul amat sesuai walaupun sebagai calon bebas.

Keahlian PPBM Tengku Zainul juga “terhenti” serta-merta semalam kerana bertanding tanpa kebenaran parti.

Tengku Zainul berdepan pertandingan 3 penjuru menghadapi calon Barisan Nasional, Mohd Shahrim Md Zin dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.

DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi.

PRK ini menyusuli kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun dari BN akibat serangan jantung pada 6 Mei.

Abu Bakar mempertahankan kerusi Chini pada pilihan raya umum ke-14 dengan majoriti 4,622 undi, menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnain (1,065).

DUN China akan mengundi pada 4 Julai ini.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Cara biawak menyelamatkan diri Ada dalam perlakuan dan perbuatan Hatok Der. wawasan2020 merupakan tahun nazak yang amat tersiksa pembalasan kejamnya dihayat kuasanya semuga dia terus hidup sehingga pertengahan terms kerajaan PRU15 untuk menjadi saksi pembalasan yang diterima anakberanak dan kroni kleptokrasi kuasanya. Marilah bersama rakyat pelbagai peringkat umur dan agama berdoa dengan cara kepercayaan masing-masing supaya Mahakuasa makbulkan.

    BalasPadam
  2. Negarawan jenis apa ni?

    BalasPadam
  3. mahathir sepatutnya menaja A kadir Jasin pasti menang dikertas.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.