Header Ads

ads header

Flash News

Ibrahim Ali persoal Umno gesa mahu segera PRU, dakwa ada maksud tersirat


KUALA LUMPUR, 26 Jun —
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Ibrahim Ali mendakwa tindakan sebilangan pemimpin Umno mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan segera adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ibrahim berkata, alasan pilihan raya dapat merungkai kekusutan politik negara adalah tidak berasas malah dibimbangi mengeruhkan lagi keadaan politik semasa.

“Persoalannya apakah sebab dan nawaitu (niat) Umno agar disegerakan PRU 15? Kenapa Umno tidak mengambil sikap Dewan dibubar dan PRU diadakan atas dasar prinsip moral? Kenapa sekarang secara tiba-tiba? Apakah alasannya?

“Kerana alasannya politik negara kusut dan hanya boleh diselesaikan melalui PRU? Apa jaminan kesetabilan politik stabil selepas PRU? Apakah rakyat akan membuat keputusan memberi undi kepada mana-mana parti untuk dapat 2/3 majoriti?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Umno dikatakan mendesak agar PRU diadakan segera bagi mengembalikan semula kestabilan politik negara.

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan menerusi catatan di Facebook berkata, keadaan politik tidak stabil bukan sahaja memberi kesan kepada keharmonian negara malah merencatkan pelaburan dan ekonomi.

Terdahulu, Ibrahim mendakwa terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Umno terhadap agihan jawatan dalam kalangan ahli parlimen yang dibuat Muhyiddin.

Jelasnya, Muhyiddin bukan sahaja dikatakan gagal memenuhi kehendak Umno malah dilihat terlalu mementingkan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Memang kedengaran pemimpin Umno kini banyak tidak puas hati dengan layanan PM ke-8 (perdana menteri ke-8). Mereka tidak puas hati dengan jawatan-jawatan yang banyak diisi oleh ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kumpulan Azmin terutama jawatan-jawatan penting,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ibrahim mengingatkan semua pihak agar bertenang selain berjanji partinya akan terus membela nasib rakyat agar tidak terus terjerumus dalam kekusutan politik negara.

Pada masa sama, Ibrahim turut mengingatkan setiap parti politik mengutamakan nasib rakyat daripada hanya mementingkan perebutan kuasa. - MalayMail

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Umno tak sedar diri mereka hidup kini kerana pas memberi mereka bantuan hayat,,jika pas tingalkan mereka maka mampus lah umno selamanya,,bibit2 pas akan d terajang setelah ummo kuat kini mula memutik,,umno tetap umno parti yg tak pernah kenanh jasa parti serakah

    BalasPadam
  2. Kerana sedar dirilah ameno minta bubar parlimen..kamu pun tahu hari hari pakatan hancing meratib pn kerajaan penyamun,tebuk atap,pengkhianat,tiada mandat dll.Ameno anak jantan dan bila tumbang dlm pru 14 tidaklah BN menjadi gila jawatan pm sepertimana pakatan hancing yang tak berkesudahan berebut jawatan pm.Soal tendang pas tak berbangkit kerana ameno dan pas bergabung dalam muafakat nasional.Jika ph meratib mandat rakyat..kat mana yang salah saranan tok mat.Yang sebenarnya ph tiada telur hingga prk chini pun takut..kenapa tak contohi parti lebai semasa prk PD dulu kerana langkah membazir oleh bang non..lebai tetap masuk bertanding sebagai anak jantan dan dalam pru 14 juga parti lebai paling banyak bertanding walaupun secara solo..ini baru gentleman

    BalasPadam