Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat nak tahu hala tuju negara, apa perancangan kerajaan PN?


BANGI, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat
– Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu ada perancangan 10 hingga 20 tahun untuk meyakinkan rakyat atas kewibawaan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pelan berupa wawasan atau ‘long term goals’ yang memacu negara menuju 2030 dan seterusnya amat penting kerana ia meletakkan negara ke atas landasan yang berstrategik untuk menjadi sebuah negara maju.

“Ini akan menunjukkan bahawa kerajaan sekarang berada dalam suasana yang bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya di samping menunjukkan kepimpinan yang berwawasan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau menekankan dalam keadaan sekarang, keutamaan kerajaan sekarang ialah menangani pandemik COVID-19 serta tekanan ekonomi meskipun pada masa sama ada tekanan politik.

Dr Ahmad Kamal berpendapat, pada waktu ini, pelan jangka masa panjang mungkin tidak diutamakan tetapi langkah-langkah memperkasakan ekonomi didahulukan.

“Namun saya melihat bila PKP tamat nanti, tekanan politik dan ekonomi akan mengalihkan tumpuan pemimpin semasa untuk membuat pelan strategik dan jangka panjang.

“Selain itu, seruan beberapa pemimpin supaya Parlimen dibubar dan pilihan raya diadakan seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah hanya sementara dan akan digantikan dengan kerajaan pimpinan org lain.

“Perkara ini sebenarnya merencatkan perancangan masa depan kerajaan Muhyiddin,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini memberi jaminan akan meneruskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi melonjakkan ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan rakyat.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan berusaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara berdasarkan pengalamannya sebagai Menteri Pendidikan sebelum ini.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 diasaskan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, rakyat tertanya bagaimana rancangan seterusnya ekoran kerajaan PN sekarang dianggotai oleh parti yang dahulu adalah pembangkang. - ISMAWEB



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Kenapa tak tanya juga pakatan hancing..perancangan apa selain dari berebut untuk lantik pm semenjak dari 2 tahun lepas.Kerajaan pn tak sampai 4 bulan..itupun dah banyak tindakan membantu rakyat berbillion ringgit dana dibelanjakan bukan macam kencing 30 ringgit ph

    BalasPadam
  2. MANA YANG BAIK....BERMANIFESTO TAPI MENGENCING RAKYAT WPUN SUDAH PUNAH AKIBAT TANGAN2 SENDIRI YG GILA KUASA HINGGA SKRG..dengan TANPA ADA MANIFESTO LAKSANAKAN TGGJAWAB DAN KEPRIHATINAN PADA RAKYAT.

    BalasPadam
  3. Manifesto tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat dan negara jika sekadar untuk dikencing dengan tagline bukan kitab suci...apa yang rakyat inginkan ialah solusi,realistik,boleh dicapai dan garis masa yang munasabah...inilah yang sedang dilakukan oleh PN sekarang...ph pula masih dengan kegilaan nama calon pm yang tidak memberi faedah kepada kehendak rakyat keseluruhan

    BalasPadam