Header Ads

ads header

Flash News

Iran keluarkan waran tangkap terhadap Trump


Iran telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump atas pembunuhan komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani pada Januari lalu.

Menurut laporan Fars News Agency hari ini, Teheran turut meminta bantuan Agensi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan notis merah ke atas bilionair hartanah terbabit.

Peguam Negara, Ali Alghasi-Mehr mendakwa Trump bersama 35 individu lain yang didakwa terlibat dengan pembunuhan Soleimani dengan tuduhan membunuh dan keganasan.

Difahamkan, permintaan Iran itu mungkin tidak diendahkan Interpol memandangkan garis panduan agensi antarabangsa itu melarang campur tangan atau aktiviti melibatkan politik.

Pada 3 Januari lalu, Soleimani, 62, terbunuh dalam serangan dron yang diarahkan Trump di Baghdad yang turut mencetuskan krisis baharu di Asia Barat hingga menyaksikan harga minyak melonjak selain siri serangan balas dilancarkan Teheran dan proksi mereka ke atas pangkalan tentera yang menempatkan pasukan tentera AS di Iraq.

Sebelum ini, pentadbiran Trump melabel Soleimani sebagai ‘pengganas’ dan mendakwa beliau bertanggungjawab atas kematian ratusan tentera AS di Baghdad.

Sementara itu, pentadbiran Rumah Putih tidak memberi sebarang kenyataan balas tentang pengumuman dibuat Iran tersebut. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Assalam..Jgn terpedaya permainan syiah dgn Trump. Dah dekat pilihanraya presiden, Trump perlukan point utk dinampakkan sbg hero dimata rakyat US kerana dimusuhi oleh Iran ( Musuh yg diimejkan jahat dari dulu ). Musuh yg di buat-buat, Sedangkan mereka sbnrnya geng bersaudara. Fadh, Rembia.

    BalasPadam
  2. Syiah iran buat begitu spya trump jatuh sbg presiden amerika.

    BalasPadam