Header Ads

ads header

Flash News

Hina Jata Negara: Suatu tindakan biadab

PARTI
 Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera mengantung penjualan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ oleh Kean Wong yang jelas menghina negara.

Secara khusus, Jata Negara telah diubah dengan cara yang memperolok dan memperlekeh hingga menampakkannya secara jahat, keji dan hina serta direndahkan martabatnya. Perbuatan sedemikian terhadap lambang rasmi negara adalah satu kesalahan yang sangat serius.
Bahkan penerbitan buku ini dilihat berunsur provokatif, mempertikai, menyanggah dan cubaan menghasut serta menimbulkan ketidaktenteraman awam. Ia juga dilihat mengandungi  unsur-unsur melampau yang mesti dicegah pihak berkuasa.
Pemeliharaan Jata Negara daripada sebarang salah guna termaktub dalam Akta 414 Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan larangan mengguna apa-apa nama atau lambang atau apa-apa tiruan serupa mengenainya bagi maksud perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profession.
Seharusnya, seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menghormati dan memelihara penghormatan dan kedaulatan negara, sementelahan, tarikh sambutan kemerdekaan yang semakin hampir, di samping tahun 2020 merupakan ulangtahun ke-50 Rukun Negara.
PAS mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat individu-individu utama dalam penghasilan buku ini dan mengambil tindakan selaras undang-undang kerana jelas motif lukisan pada muka depan buku menghina lambang kedaulatan negara.
“Islam Memimpin Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Jun 2020 | 7 Zulkaedah 1441 – HARAKAHDAILY 29/6/2020

MR :  22 bulan memerintah, kerjayaan PH membuatkan ada rakyat biadab


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. harap kerajaan dpt bertindak cepat dan tegas hukumqn seberat2nyq mesti dijatuhkan bagi memberi pengajaran kpd org ramai yg tidak tahu menghormati dan menimbulkan suasana tidak tenteram dlm negara ini

    BalasPadam
  2. Bg ja hukuman penjara seumur hidup.sepet sengaja cari pasal

    BalasPadam