Header Ads

ads header

Flash News

STAR ketepikan imej Kadazan, Dusun dan Murutnya (KDM), terima bumiputra Islam


KOTA KINABALU:
Parti pembangkang Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengetepikan imej Kadazan, Dusun dan Murutnya (KDM) dengan menerima kemasukan 500 ahli Bumiputera Islam dari kawasan petempatan utama orang Bajau di Kota Belud.

Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata, penyertaan kumpulan yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Warisan merupakan permulaan baru buat parti itu.

Kitingan berkata, STAR menjangkakan kemasukan lebih ramai ramai ahli baru dari daerah pantai timur dan Kudat yang majoriti penduduknya merupakan kumpulan etnik Bumiputera Islam.

“Kami berbesar hati mereka menyertai STAR, terutama dari kawasan pantai timur seperti Semporna, selain Kudat, Kota Belud dan Penampang,” kataya selepas menerima permohonan 500 ahli Bumiputera Islam yang diketuai oleh Awang Salleh Makmud di ibu pejabat parti itu di Penampang hari ini.

STAR yang ditubuhkan pada 2016 menguasai kerusi DUN Bingkor dan kerusi Parlimen Tambunan dan Keningau yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada kumpulan etnik bukan Islam atau lebih dikenali sebagai komuniti KDM.

Parti itu lantang bersuara berhubung isu hak negeri dan penyelesaian masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Kitingan mendakwa kerajaan negeri pimpinan Warisan gagal mengatasi masalah tersebut.

FMT difahamkan bahawa bekas ahli Warisan yang mempunyai kaitan dengan Umno Sabah kini kerap berkunjung ke daerah pantai timur negeri itu untuk memujuk ahli parti supaya keluar dan menyertai Umno atau STAR.

Sumber berkata, beratus-ratus ahli parti dari Kinabatangan, Sukau, Beluran, Tawau, Lahad Datu dan Semporna di pantai timur dijangka keluar Warisan dalam beberapa minggu akan datang.

Lebih 600 ahli dari Sepanggar juga meninggalkan Warisan baru-baru ini, tetapi berkata, mereka akan meneruskan perjuangan membela rakyat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan