Header Ads

Header ADS

Kematian seorang lagi lelaki kulit hitam tingkat kemarahan


WASHINGTON:
Satu lagi kematian akibat ditembak oleh pegawai polis di Atlanda dikhuatiri menambah kemarahan di Amerika Syarikat (AS) yang kini berdepan dengan situasi perkauman, protes jalanan dan peletakan jawatan oleh ketua polis.

Kematian pemuda berusia 27 tahun, Rayshard Brooks dinyatakan sebagai tuduhan bunuh oleh pejabat pegawai perubatan, semalam.

Serangan pada Jumaat lalu itu menimbulkan kemarahan, kejutan dan kekecewaan sejak tragedi George Floyd di Minneapolis, Minnesota pada 25 Mei lalu.

Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottoms dalam satu sidang akhbar pada Sabtu lalu mengumumkan Ketua Polis, Erika Shields meletak jawatan.

"Saya tidak percaya ia harus diadili dengan kematian," kata Bottoms selepas pegawai yang menembak Brooks, dikenal sebagai Garrett Rolfe diberhentikan.

Menurut Atlanta Journal-Constitution, Peguam Daerah Fulton, Paul Howard pula berkata, pejabatnya sedang mempertimbangkan sama ada untuk menuduh Rolfe dalam tuduhan jenayah menjelang minggu ini.

Ahli Kongres South Carolina, James Clyburn yang juga berbanga Afrika-Amerika menyatakan, kes itu sebagai satu pembunuhan.

"Tragedi ini tidak sepatutnya berakhir dengan kematian. Saya tidak tahu budaya mana yang menyebabkan dia bertindak demikian. Ini semestinya budaya dan juga sistem," katanya kepada CNN.

Tragedi pada Jumaat lalu itu berlaku apabila polis memberi respons kepada aduan yang mendakwa Brooks yang tidur dalam kereta menghalang laluan di restoran Wendy's.

Biro Siasatan Georgia menjelaskan, Brooks gagal dalam ujian mabuk dan cuba melepaskan diri selepas dia cuba ditahan dan salah seorang daripada polis itu yang menggunakan pistol renjatan elektrik yang kemudiannya dirampas Brooks dan cuba melarikan diri.

Dia cuba menembak salah seorang anggota polis itu menggunakan pistol renjatan elektrik berkenaan dan ketika itulah pegawai polis melepaskan tembakan terhadapnya. Brooks dibawa ke hospital, namun mati selepas menjalani pembedahan. - AFP



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. kerajaan bodoh... membawa kepada polis bodoh... menjaga rakyat yang rata-ratanya bodoh... makan system perundangan bodoh mereka tidak dapat membendung kemarahan penunjuk perasaan bodoh yang cuma mahu merompak kedai-kedai bagi mendapatkan barang-barang bodoh.

    bila rakyat berebutkan playstation daripada makanan..
    maka itulah Negara bodoh yg gagal.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.