Ketegasan sekat jualan arak amat disokong
KUALA LUMPUR: PAS menyokong cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak.
Ia disusuli pula dengan pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menegaskan bahawa semua permohonan baharu lesen minuman keras dibekukan berkuatkuasa serta merta.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan
Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membekukan semua aktiviti
pengeluaran dan penjualan arak sehingga satu mekanisma kawalan dapat
dilakukan bagi mengelak kemalangan disebabkan pemandu mabuk.
Memetik
laporan Berita Harian, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa
berkata, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis
panduan akan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan oleh pihaknya.
“Dengan
kejadian pemandu mabuk dan menyebabkan kemalangan, wajar pengeluaran
lesen baru menjual arak dibekukan sehingga satu garis panduan dan
semakan perundangan dapat dilakukan.
“Lesen premis pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diperketatkan,” kata Annuar menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata melihat kenyataan itu satu ketegasan kerajaan dalam menangani isu pemandu mabuk.
Apatah lagi kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam di negara ini semakin hari semakin meningkat.
Kata
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, mutakhir ini kawalan terhadap minuman
keras sangat longgar sehinggakan ia dijual di kedai-kedai biasa dan
boleh dibeli oleh sesiapa sahaja.
“Walaupun ada peraturan dan
larangan kepada remaja di bawah 18 tahun dan juga larangan kepada umat
Islam. Namun, ia langsung tidak dikuatkuasakan,” katanya dalam satu
kenyataan.
Sehubungan itu, langkah DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu amatlah wajar dan perlu disokong penuh.
Sementara itu, beliau turut memberi cadangan supaya kerajaan mengukuhkan lagi pendidikan moral kepada masyarakat.
Malahan katanya hukuman dan tindakan yang perlu diambil untuk mengawal dan mengesan peminum dengan lebih komprehensif.
“Beberapa
langkah pendidikan moral kepada masyarakat perlu ditingkatkan. Bahkan
hukuman kepada pemandu mabuk, kedai yang menjual kepada remaja dan orang
Islam perlu disemak semula, agar benar-benar menggerunkan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 3/6/2020
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Please pertimbangkan untuk tidak membenarkan penjualan arak kat kedai serbaguna mcm 7E.
BalasPadamHanya puak kaki botol dan puak pro-arak seperti barua-barua DA-Pigs yang famous menyokong festival arak terbuka menentang ketegasan kerajaan menyekat jualan arak kerana puak-puak ini berjuang membela hak kebebasan memandu sambil mabuk dan melanggar umat Islam sesuka hati.
BalasPadamJgn menyekat dan menyusahkan ape yg menjadi hak mereka. Mereka boleh minum arak. Cuma kita kene kaji macamane nak elakkan mereka yg mabuk dari memandu dan melanggar orang ramai. Kenakan hukuman berat. Kalau macam tu tak salahlah kalau ada negara yg menghalang perempuan Islam menutup aurat sbb kita yg Islam ni pun sama zalim macam mereka.
BalasPadamDasar kafir..
PadamKat dalam ni ada juga pejuang arak menggunakan bahasa yang halus.Oh ya, mana PAN?Dah empat hari kerajaan PN umum nak bertindak terhadap arak dan DAP mula sondol.PAN kunci mulut,nak jaga hati DAP
BalasPadamLawan dgn hujah kalau nak komen.. kalau disertakan nas dan dalil lagi baik.. baru tak nampak serba jahil..
BalasPadam