Header Ads

ads header

Flash News

'Pengaruh dadah, basikal lajak, mat rempit termasuk dalam pindaan akta'


Pindaan undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan mengenai hukuman yang lebih keras untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk juga akan merangkumi kesalahan pemanduan secara berbahaya yang lain.

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, ia termasuk memandu di bawah pengaruh dadah, 'basikal lajak', dan 'mat rempit'.

"Untuk makluman, pindaan yang dicadangkan bagi Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) adalah berkaitan dengan pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau pemanduan secara berbahaya.

"Oleh itu, sama ada pengguna jalan raya itu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau sesiapa saja termasuk 'geng basikal lajak' atau 'mat rempit' sekalipun, ia tetap terangkum di dalam cadangan pindaan akta ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden MCA itu berkata isu ini bukan isu agama.

"Ditegaskan bahawa isu pemandu yang dipengaruhi alkohol atau dadah ini tidak ada kaitan langsung dengan orang Islam ataupun bukan Islam.

"Sebaliknya ia lebih menjurus kepada soal keselamatan jalan raya. Cadangan pindaan akta yang akan dimuktamadkan ini adalah bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang memandu secara merbahaya sehingga memudaratkan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain dan ianya tidak ada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Sesuatu tragedi atau kemalangan jalan raya yang berlaku itu tidak mengenal kaum," katanya.

Wee berharap agar semua pihak tanpa mengira kaum, agama atau ideologi politik menyokong pindaan akta berkenaan.

Gesaan untuk hukuman lebih tegas timbul sekali lagi berikutan lonjakan kes memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini.

MR :  Ini bukan bangsa Mat Rempit kebanyakkan Melayu, Mabuk Cina dan India kira majmuklah tu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan