Header Ads

ads header

Flash News

K’jaan digesa beku keluar lesen arak – PUM


PERSATUAN
Ulamak Malaysia (PUM) memandang serius gejala semasa yang berlaku di dalam negara iaitu fenomena pemandu mabuk yang telah menyebabkan kematian kepada mangsa yang tidak bersalah.

Oleh yang demikian, sebagai langkah segera, PUM menggesa supaya Kerajaan dapat mengarahkan supaya penjualan arak dihentikan sehingga satu prosedur baru pengendalian dan penjualan arak khusus kepada non-Muslim di buat.

Sehubungan dengan itu, PUM juga menggesa Kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan agar membekukan serta-merta segala pengeluaran lesen penjualan arak.

Ini termasuklah membekukan serta-merta sebarang permohonan untuk mendapatkan lesen jualan arak tersebut.

Pihak Kerajaan perlu mengeluarkan satu prosedur baru bagi memastikan arak ini hanya untuk golongan non-Muslim dengan kawalan prosedur yang ketat.

PUM juga menasihatkan umat Islam agar mengelakkan diri dari terlibat dalam industri arak dalam apa jua kapasiti. Ini kerana telah dinyatakan bahawa terdapat 10 golongan yang terlibat dengan arak ini dilaknat di dalam Islam bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Diriwayatkan dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah S.A.W melaknat mengenai arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.”

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

DATO’ AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Yang di-Pertua,
Persatuan Ulamak Malaysia – HARAKAHDAILY 1/6/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. kenapa MONYET...KAKI BOTOL JUGA SELAIN JUDI

    BalasPadam