Header Ads

ads header

Flash News

DAP: ‘Pemandu mabuk’ dalam politik negara?


AMAT
canggung bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga bekas mahasiswa Sains Politik menelah kesilapan hala tuju PAS. Sudah tentulah strategis DAP itu menempelak PAS kerana tidak memilih haluan seperti PAN, sekutu rapatnya. Jika Chin Tong memuji haluan baharu PAS, sudah pasti akan dikirimkan kepadanya sekeping borang keahlian DHPP dengan pengecualian yuran seumur hidup. Namun, tidak begitu.

Acuan pemikiran politik Liew Chin Tong berbeza dengan kepimpinan utama PAS. Jika PAN itu ditubuhkan kerana dikatakan pengarus-perdana, apalah yang dibanggakan dengan mereka sehingga kini? Tidak lain hanyalah pengikut setia dan suruhan DAP sahaja. Kami yang tinggal dikatakan ‘asolah’ ini yang gigih menentang agenda DAP, ‘Malaysians Malaysia’, kesamarataan dan cubaan menggoyah tonggak utama negara. Tambahan lagi, DAP memang gemar pecah perintah kuasa politik Melayu Islam.

Kesatuan politik Melayu Islam ada asasnya. Negara berdaulat ini juga mempunyai tradisi, faktor sejarah dan kekuatan rohnya. Jika orang Melayu Islam disiat-siat kecil maka mudahlah untuk melapah dan disepahkannya. Justeru, kesilapan 22 bulan lalu harus disusun semula, direncana dengan lebih kukuh dan menjadi tonggak kestabilan politik di samping tidak menzalimi kaum serta agama lain. Itulah pengikat kerjasama baharu Muafakat Nasional PAS dan Umno serta parti-parti yang lain.

PAS pernah bersama DAP. Kerjasama itu didasari dengan ikatan Tahalluf Siyasi. Ia diikat dengan syarat-syaratnya. Syarat itu telah dirobek oleh DAP dan tiada segan silu untuk PAS membatalkannya. PAS yang ditubuhkan sebelum merdeka mempunyai aspirasi dan tuntutan perjuangannya sendiri. Mana mungkin hanya disebabkan Tahalluf Siyasi itu PAS diminta untuk menanggalkan prinsipnya. Malaysia yang majoriti Melayu ini harus dinakhoda oleh kuasa politik Melayu-Islam yang solid.

Assabiyah itu ialah menyokong mengkhinzir buta sehingga sanggup berlaku zalim. Rasisme yang melampau menafikan hak agama dan kaum lain. Kerjasama PAS-Umno adalah untuk mengukuhkan kekuatan politik Melayu Islam yang selama ini rapuh. Hidup bertelingkah tidak sudah, berpecah sampai terbelah. Kerjasama ini bukan untuk menutup bangkai gajah. Muafakat Nasional bukan untuk membakar sentimen perkauman tetapi benteng penyatuan ummah. Kepada siapa lagi untuk diharap kekuatan politik Melayu-Islam? DAP?

Tujuan Liew Chin Tong menulis tempelak hala tuju PAS yang tersalah hanya untuk menutup kelemahan DAP. DAP adalah liabiliti terbesar kejatuhan PH. Betul, pengundi memilih PH untuk menyingkir BN dalam PRU lalu. Akhirnya mereka kecewa kerana janji sewenangnya dikhianati, hal agama dan kaum pula yang dipermainkan. Lima kali PH tewas dalam PRK adalah referendum rakyat. Kesilapan PH mencatur gerak politik untuk menaikkan pengidam jawatan PM jelas memakan diri sehingga berubah 360 darjah kuasa Kerajaan. Hari ini PH kembali meroyan untuk merampas semula Kerajaan, tetapi rakyat lebih selesa ditadbir Kerajaan yang lebih prihatin, damai dan menyenangkan.

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 1/6/2020





MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan