Header Ads

ads header

Flash News

Macai PH terdesak buat Fitnah UMNO Keluar PN


Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menolak dakwaan yang tular bahawa parti itu membuat pengisytiharan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Menyifatkannya sebagai fitnah terhadap pemimpin Umno, Mohamad berkata, tiada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno membincangkan perkara itu,

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad memaparkan tangkap layar imej beliau beserta keterangan 'Umno Isytihar Keluar PN' yang kelihatan seperti petikan tajuk dari sebuah blog.

"Semalam tak ada mesyuarat MT pun, saya dan keluarga ada di kampung Rantau.

"Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin Umno," katanya di Facebook.

PN ditubuhkan pada Mac lalu apabila Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri selepas mendapat sokongan daripada BN, PAS, GPS, beberapa parti dari Sabah dan bekas pemimpin PKR.

Krisis politik itu bermula apabila Muhyiddin selaku Presiden Bersatu mengisytiharkan parti itu keluar daripada PH disusuli tindakan Dr Mahathir Mohamad, selaku pengerusi parti meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Umno dan PAS bekerjasama dalam sebuah gagasan yang dikenali sebagai Muafakat Ummah dan sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Bagaimanapun PN belum didaftarkan secara rasmi.

Beberapa pemimpin Umno dikatakan tidak sehaluan dengan gabungan berkenaan terutama dari segi pembahagian kerusi dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.


MR :  Politik fitnah mainan mereka, mereka naik kerana fitnah dan ajatuh pun kerana fitnah makan diri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan