Header Ads

ads header

Flash News

Umno kena banyak berkorban demi PN kata Wan Saiful


Perikatan Nasional (PN) berpotensi menjadi lebih stabil berbanding Pakatan Harapan (PH) dan lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) kata salah seorang pemimpin Bersatu hari ini.

Menurut Wan Saiful Wan Jan untuk mencapai kestabilan itu, Umno perlu banyak berkorban dan tidak lagi boleh mendominasi gabungan itu seperti yang mereka lakukan dalam BN.

Langkah berkenaan, kata anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, membolehkan PN dibentuk dengan lebih baik berbanding gabungan politik yang ada sebelum ini.

"Setakat ini ada 12 parti yang telah menyatakan persetujuan membentuk PN. Ada sebilangan kecil tokoh Umno yang kelihatan tidak selesa dan ini memang tidak pelik.

"Ini kerana dalam BN mereka adalah parti dominan tetapi dalam PN mereka akan hilang status dominan itu. Sudah pasti ada pemimpin Umno yang risau.

"Kesaksamaan dalam PN akan menjadikan ia lebih baik daripada BN. Tetapi sekarang ini, bagi saya, Umno perlu diberi masa dan ruang untuk menguruskan transisi," katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

PN adalah gabungan yang muncul ekoran Langkah Sheraton pada akhir Feb lalu yang menyaksikan kejatuhan PH sebagai kerajaan. Ia dilakukan sebahagian pemimpin kanan PKR yang kemudian diikuti pengumuman Bersatu menarik diri daripada PH.

Menurut Wan Saiful pemimpin Umno bukan orang baru dalam politik dan mereka banyak pengalaman menguruskan perubahan.

"Berikan mereka masa dan hormati proses dalaman mereka," katanya.

Wan Saiful yang juga pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menambah, mengikut amalan demokrasi antarabangsa tiada kewajiban untuk sesebuah gabungan parti politik didaftarkan.

"Tetapi di negara kita, rakyat sudah terbiasa dengan gabungan yang berdaftar.

"Saya secara peribadi merasakan pendaftaran tidaklah penting sangat. Bagaimanapun, saya faham bahawa tanpa pendaftaran akan ada banyak soalan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak lawan.

Muafakat Nasional yang menggabungkan Umno dan PAS

"Maka dalam konteks hari ini, saya merasakan pendaftaran adalah prasyarat yang perlu dipenuhi dan saya harap pengumuman mengenainya boleh dibuat segera untuk menghilangkan kegusaran ahli-ahli semua parti komponen," katanya.

Sementara itu, Wan Saiful juga menegaskan tiada perebutan untuk menjadi perdana menteri dalam PN, justeru Muhyiddin perlu dikekalkan sebagai calon perdana menteri sehingga selepas PRU ke-15.

"Dalam PN perebutan kuasa seperti PH tidak wujud. Muhyiddin disokong oleh semua parti. Muhyiddin baru berumur awal 70-an dan kekal segar setelah berjaya melawan kanser.

"Tambahan pula tidak ada tokoh parti lain yang boleh dinobatkan sebagai perdana menteri sekarang.

"Muhyiddin tidak mempunyai kes mahkamah dan tidak ada bagasi negatif, malahan merupakan individu yang bangkit melawan kleptokrasi sebelum ini," katanya.

Tambah bekas calon Bersatu untuk kerusi parlimen Pendang itu, kredibiliti Muhyiddin sama ada dalam usaha melawan rasuah atau mempertahankan institusi Melayu dalam negara memang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

MR :  Ada fakta untuk dibahaskan dalam muafakat PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Who is he to order UMNO. He can get lost for all I care.

    BalasPadam
  2. Ini gara2 elemen2 dalam bersatu yang hendak test sejauh mana bersatu boleh perintah umno. Seeloknya katak2 yang lompat dari pkr ni kena sedar diri. Orang2 bekas pkr tu pun orang2 melayu dah meluat dah. Jangan nak mula pijak kepala pula, nanti kena terajang.

    BalasPadam
  3. Kalau dia faham "bagus pandangan anda tapi anda bukan kerajaan".
    Tak perlu la nak tunjukajar org.

    BalasPadam
  4. Rakyat pasir berdengung....macam dia ni lah....

    BalasPadam