Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Tersungkur Dari Parti Yang Diasaskan – Syed Hamid


Kuala Lumpur –
Perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti Bersatu disifatkan tidak lagi mempunyai adap dan sopan hanya kerana tamakkan pangkat dan kuasa.

Menurut ahli politik veteran, Tan Sri Syed Hamid Albar pelbagai pendekatan saling digunakan termasuklah dengan memaki hamun tanpa mengira bulan kesucian bulan Ramadan.

“Namun dimasa ini polimik politik tidak pula terhenti, berkempen bergerak secara hebat dengan tuduh menuduh dan video di buat untuk menegak menerang misi masing-masing.

“Tidak kurang juga mencaci di antara kedua-dua pihak atau tuduh menuduh, sama ada dengan adab dan sopan atau secara tidak santun dan beradab.

“Ramadhan pun tidak di kira dan dipedulikan, berlumba-lumba cabar dan mencabar di antara orang Islam dan bercanggah dengan konflik untuk kuasa dan jawatan seolah tiada hari esok lagi,” memetik kenyataan di laman Facebook.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu turut menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang sifu politik yang ulung telah dikalahkan oleh anak muridnya.

“Iklim politik menjadi tidak menentu. Kalau kita pelabur dari dalam dan luar negeri pasti sekali kita berasa cemas dan berundur dari melabur untuk melihat dimana akhirnya.

“Yang paling memeranjatkan bila PM keempat dan ketujuh negara tersungkur dari parti diasaskannya. Sifu politik dikalahkan oleh murid muridnya tidak pernah terjadi.

“PM dimasa lalu keluar dari parti kerana tidak setuju dengan politik dan pimpinan diera mereka seperti yang berlaku (di zaman) Tunku (Abdul Rahman) dan Hussein Onn. Another first time sifu politik yang ulong tersungkur. TSMY (Muhyiddin Yassin) dikatakan memantap dan mengukuhkan kedudukan pimpinan dan politiknya tanpa terlihat berpolitik secara langsung,” tulisnya lagi.

Seterusnya Syed Hamid berharap agar kemelut politik ini segera berakhir kerana yang bakal menjadi mangsa adalah rakyat dan masa depan negara.

“Kemana ia akan berakhir kerana banyak sangat cerita konspirasi dan komplot sehinggalah ramalan keajaan PH akan dapat kuasa pemerintah akan ambil balik semula tampok kerajaan.

“Banyak sangat cerita dongeng dan impian yang tidak realistik, pelik ataupun delusiona diramalkan. Politik banyak seiring dengan apa dikatakan Machiavelli. Kalau dia hidup pasti sekali dia rasa bangga.

“Rakyat jadi bimbang dengan apa akan jadi pada kehidupan mereka selepas COVID untuk memulihkan bisnes dan ekonomi.

“Apa pun juga rakya rasa bimbang dengan hilang perkerjaan dan bisnes serta bagaimana nak membayar hutang piutang atau menampung saraan hidup ata bisnes. Dalam hidup apa masa depan rakyat & Malaysia. Dalam lain iklim ini bizarre dan mencari cahaya diakhir terowong bagi ketenangan untuk mencari sesuap nasi dalam aman & damai,” tegasnya mengakhiri tulisan tersebut.


MR :  Takdir diakhir usia


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Orang politik memang suka putar belit periuk nasi mereka .

    BalasPadam
  2. Orang POLITIK memang banyak bohong nak pangkat aja bkn nak majukan Negara dan RAkyat,tgklah beri bonus pun tak habis habis 500 saja,dah tahun 2020 sama aja POLITIK,LIWATlah tak tahu maluke

    BalasPadam
  3. Aku sebagai rakyat malaysia lebih baik mati drpd memilih anwar menjadi menteri besar selangor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ko pandai sangat tadahlah bontot depan nuar baru tau

      Padam