Header Ads

Header ADS

Pemuda Bersatu berkempen gesa siasatan atas dakwaan Guan Eng


PETALING JAYA:
Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Ketua Pemuda PPBM Putrajaya, Haris Faizal berkata, setiap bahagian Pemuda PPBM diminta membuat laporan polis berdasarkan satu laporan FMT pagi semalam.

Beliau berkata, Pemuda bahagian di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menyerahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 tengah hari.

Selepas itu, satu kempen mobilisasi di seluruh negara akan dijalankan.

“Setiap bahagian Pemuda PPBM akan ke (balai polis) di kawasan mereka sendiri,” katanya kepada FMT lewat malam tadi.

Laporan FMT semalam menyatakan Lim didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengulas laporan itu, Lim memberitahu Malaysiakini: “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak”.

SPRM mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

Lim mendapati SPRM sudah memberi maklum balas terhadap laporan FMT dan berkata SPRM harus dibenarkan menjalankan siasatan mereka.


MR :  PH pandai menyembunyikan keburukan diri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. LGE dn sekutu2 serta penyokongnya sudah SUCI....Ini semua nanti salah NAJIB.

    BalasPadam
  2. Dakwe je sepet bodoh nie
    Klu x bodoh buksn sepet namenye
    Bodoh punye kaum sepet
    Kaum melayu yg menyanjung sepet nie bodoh paling anjing sekali
    Puihhh sepet
    Kaum perosak
    Haktuihhhhhhjhhhhhhhh

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.