Header Ads

ads header

Flash News

Malaysia tak perlu bayar pampasan tangguh HSR kepada Singapura


KUALA LUMPUR:
Malaysia tidak akan membayar sebarang pampasan kepada Singapura dalam penangguhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) kerana keputusan itu dipersetujui bersama, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang mengetuai Malaysia dalam perbincangan HSR dengan Singapura, berkata pasukan dari kedua-dua negera akan bermesyuarat selepas sambutan Hari Raya untuk berdialog lebih lanjut mengenai aspek teknikal projek mega itu.

“Pada prinsipnya, kami bersetuju projek ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi kami perlu membincangkan lagi hal teknikal yang membabitkan projek tersebut.

“Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak masa. Jika kami boleh memuktamadkan keseluruhan langkah dalam tempoh 3 hingga 4 bulan, sudah tentu kami akan bertemu sekali lagi,” katanya selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan kementeriannya hari ini.

Pada 31 Mei lalu, kedua-dua negara bersetuju menangguhkan pembinaan projek dua hala bernilai RM110 billion itu sehingga 31 Dis ini.

Projek sepanjang 350km itu ditangguhkan sejak Sept 2018 dan sepatutnya disambung semula akhir Mei lalu.

Ini ialah kali ke-2 projek HSR ditunda sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa membayar S$15 juta kepada Singapura untuk menampung kos penundaan projek itu.

“Mandat yang diberikan kepada kami apabila menangguhkan projek pada 2018 hingga 2020 adalah bagi melihat semula kos projek tersebut yang merangkumi penjajaran dan reka bentuk baru.

“Alhamdulillah, kami berjaya mengurangkan kos HSR dengan ketara, tetapi sekarang kami bersetuju meneruskan projek (selepas ditangguhkan pada kali pertama).”

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai peruntukan mencukupi bagi membayar sebarang kos tambahan yang timbul daripada penangguhan kali ke-2, Azmin berkata: “Untuk peruntukan itu, kami perlu berbincang lagi.

“Persoalan untuk pembiayaan projek ini akan dibincangkan memandangkan keupayaan fiskal negara sekarang terhad.”


 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan