Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee ahli akademik ke? Masih buat analisis berdasarkan PRU-14


Sebagai orang politik yang berakademik sepatutnya Dr Maszlee kena mengambil kira politik akan datang iaitu gabungan baharu antara Muafakat Nasional dengan Bersatu. Memang banyak kenyataan menyebut tiada lagi gabungan secara khusus tetapi perkara ini dalam proses.

Sebelum ini UMNO mengajak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bekerjasama dengan parti itu demi kepentingan Melayu. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, pernah mengajak BERSATU memperjuangkan konsep kesamarataan dalam Muafakat Nasional.

Seminggu lalu Ahmad Zahid dilaporkan berkata, Muafakat Nasional terbuka menerima Bersatu atau mana-mana Ahli Parlimen Bebas termasuk Saifuddin.

Tapi nak buat macam mana, Malasiakini suara Pakatan Harapan menyiarkan kenyataan Dr Maszlee yang anlisis macam buka orang akademik. Fahaman politik Dr Maszlee sangat dangkal.

Dia boleh terima bagaiman Mahathir boleh bersama DAP musuh ketat berkurun tapi bacaan politiknya bodoh nak memahami UMNO, PAS dan BERSATU boleh begabung demi Islam dan Melayu. Saya sangat pelik seorang ahli majlis syura IKRAM bodoh memahmi tuntutan Islam.

Engkau baca apa yang Malaysiakini nak menghasut rakyat di bawah.

----

Bersatu berada dalam bahaya dan mungkin menjadi parti sepenggal saja di Johor jika terus memusuhi Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Bersatu akan kalah di tujuh daripada lapan kerusi DUN yang ditandingi pada lalu, termasuk Gambir yang kini disandang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Tiga daripada mereka (kerusi DUN) sudah pasti kalah, terutamanya kerusi Puteri Wangsa kerana ianya merupakan kawasan campur yang mana Bersatu memenanginya kerana pengundi bukan Melayu yang menyokong PH.

"Manakala empat lagi akan kalah ataupun menang tipis berdasarkan demografi bukan Melayu yang besar, termasuk kerusi Gambir milik perdana menteri," katanya dalam satu hantaran di blognya hari ini.

Pada PRU14, Puteri Wangsa, dimenangi oleh Mazlan Bujang yang juga Pengerusi Bersatu Johor ketika ini.

Mazlan memenangi kerusi tersebut dengan kelebihan 24,959 undi. Bagaimanapun komposisi kerusi itu menunjukkan pengundi Melayu hanya ada 39 peratus daripada lebih 62,300 jumlah keseluruhan.

Sementara itu, Gambir pula memiliki 60 peratus pengundi Melayu setakat 2018. Muhyiddin memenangi kerusi berkenaan dengan kelebihan 3,088 undi.

Mungkin juga hilang deposit

Bagaimanapun, jika jumlah undi diperolehi BN dan PAS digabungkan, majoriti Muhyiddin berkurang kepada 1,282 undi.

Maszlee meramalkan cuma kerusi DUN Bukit Kepong agak selamat untuk Bersatu. Ia adalah kawasan yang kini diwaikili bekas menteri besar Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Sahruddin memenangi kerusi itu yang mempunyai 69 peratus pengundi Melayu. Pada PRU lalu Sahruddin mendapat 11,655 undi dan menang dengan majoriti 1,273 undi.

Bagaimanapun, jika undi calon BN dan PAS digabungkan, ia membawa kepada jumlah 12,153 undi dan lebih 488 undi daripada undi diperolehi oleh Bersatu.

Maszlee berpendapat bahawa berdasarkan jumlah pengundi dan undi popular parti di Johor adalah 49.4 peratus. Sokongan orang Melayu terhadap Bersatu semasa PRU ke-14 hanya pada 29.6 peratus.


MR :  IKRAM ni teori atas kertas, khianat rakan dan sembunyi tangan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Makcik makcik, Dr. Maszlee ni kan baik sangat-sangat....
    Ha ha ha.
    Bila kita dengar artis Ostrolia tu puji lebih-lebih kita dapat bezakan siapa yg. boleh pakai siapa yang tidak.
    Sebagai ahli akademik, tidak boleh berpihak kepada sesiapa apabila membuat analisa. Analisa perlu banyak self reflection, daripada membuat spekulasi.

    Soalan yg paling penting sekali ialah apakah tindakan kita ini menguntungkan rakyat atau tidak.

    Apakah dengan PH merampas kuasa daripada PN akan membawa kebaikan kepada rakyat. Sudah tentu tidak. Terutama sekali Masyarakat Melayu tidak akan bersetuju dengan tindakan rampasan kuasa.
    Ingatlah, Tun M boleh beli sesiapa sahaja utk bersama PH. Tetapi, apabila kamu dibeli adakah senang bekerja dengannya?
    Apa guna 1 million RM, atau 2 million RM kalau pergi kerja menghadap orang tua yg. asyik tukar fikiran dan suka menyindir dan berleter kalau sesuatu perkara tak menjadi.
    Balik rumah stress aje. Nanti tak pasal pasal marah anak bini.
    Kerja dgn Tan Sri Muhyuddin Yassin rileks aje. You buat kerja and then you buat briefing. Kalau ada masalah, you boleh ketengahkan tanpa risau takut kena hina dan sindir tak macam orang Tua Kutuk tu.
    TSMY selalu kata kita "work as a team", kerja berpasukan. Jadi segala perkara dapat diselesaikan dgn baik dan mudah, secara objektif. Sindir menyindir bukan lagi budaya kita dalam bekerja.

    BalasPadam
  2. Kau sendiri pernah di suruh berhenti org buat sesuka hati pada kau aaih x sedar lagi kah.kau ada lah saoranh yg bagus yp jangan sia2kan diri pada yg hanya ingin mengambil kesempatan.apa salah tindakan ke tindakan kau melaku kan suatu yg baik bagi kementerian kau tp kau di kira telah membelakang kan pm..

    BalasPadam