Header Ads

Header ADS

DAP dan Khadamnya AMANAH kini mengkritik kepimpinan Anwar


DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan.

Justeru, ia menyebabkan pilihan kedua, iaitu Dr Mahahir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalannya, dikemukakan.

Dalam kenyataan bersama pemimpin parti itu petang ini, DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen.

Jumlah itu melibatkan 91 sokongan anggota parlimen Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP dan 11 Amanah) dan lima dari Bersatu, termasuk Mahathir.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook, yang juga dua bekas menteri dalam kabinet Mahathir sebelum ini.

Khalid dan Loke juga mendedahkan usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya.

Tambah mereka, tempoh masa dipersetujui bagi merungkai kebuntuan itu juga telah tamat dan gagal mendapat sokongan cukup.

“Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara,” menurut kenyataan itu.


MR :  Mahathir hanya ada 7 MP sahaja, Anwar tak mampu nak lawan.. Lemahnya Anwar dan PKR


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. Gaduh gaduh gaduh.... Siapa patut jadi PM kalau rampas kerajaan daripada PN.

    Apa untungnya kpd rakyat?
    Tiada.
    Mereka ni tiada apa yg dapat di sajian kpd rakyat kecuali janji palsu dan penipuan.

    Rakyat patut tolak mereka.
    Kerajaan PN dah cukup baik. PN tak perfect, tapi ianya sedang tekun bekerja dan peka terhadap rakyat.
    Tatkala PH sibuk berjam jam utk menentukan siapa PM, PN sudah lama meninggalkan mereka.

    Insya Allah, Allah akan memberkati usaha kerajaan PN.

    BalasPadam
  2. Non cakap BERDEGAR2!

    Rupa2nya tiada pengaruh! Sebab itulah DAP yang punyai kuasa VETO menyarankan Non hanya layak duduk KERUSI TIMBALAN SAHAJA SAMPAI BILA2!

    Mungkin DAP rasa Non ni TIDAK KOMPITAN?


    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembu dicucuk hidung! DAP sebenarnya yg berkuasa

      Padam
  3. Dua atuk tua ni sudah hilang deria yang pelbagai. tahap gila warga emas yang sangat kronik nak kan jawatan PM.Jika kita masih nk ikuti cerita tentang dua makhluk ni, bermakna kita banyak membazirkan usia kita.bantulah PM MY dari PN yang bekerja tanpa menghiraukan kecelaruan dua atuk

    BalasPadam
  4. skrg pkr tetiba je duk melaungkan hak bumiputra..
    xsnggup nak kena kencing lg...haha

    BalasPadam
  5. Apa lagi tunggu DSAI. Bangkitlah dan tentang si Mahafiraun ni. Kami bersamamu. The enemy of my enemy is my friend, ingat tu.

    BalasPadam
  6. Abis tu kalau Anwar dah gagal kerana sokongan tak cukup Mahathir lagilah tak cukup.. huhu.. deposit tetap Mahathir kat geng Kitol je.. Mahathir ingat ramai betul yg sokong geng Kitol tapi Kitol dah tipu dia.. Muhyidin n the geng bersatu 2.0 dah tentu kene tendang.. so campur2 mane nak cukup pasal PKR takde.. Sarawak plak taknak DAP.. kene pujuk jugak geng2 UMNO n PAS.. tapi kalau pujuk geng ni tak mungkin plak Mahathir akan jadi PM.. takut betul geng2 ni nak naikkan Anwar PM.. jgn kata UMNO PAS , DAP n Amanah pun takut dgn Anwar yg berprinsip ni.. Mahathir diorang boleh tipu2 lagi.. dah tentu geng2 ni takde harapan nak dapat komisen(rasuah halal) nanti.. tak bestlah masuk politik kalau tak kaya raya..

    BalasPadam
  7. Istilah PINTU BELAKANG dan MASUK BELAKANG...mana yang HARAM??

    BalasPadam
  8. Yang sebenarnya atuk dan bang non sudah tidak relevan kepada rakyatdan pakatan hancing juga tidak relevan kepada rakyat dan negara...sebab tidak relevan ialah kerana pakatan hancing menipu mandat yang diberikan rakyat dalam pru 14 dan tak sudah sudah lagi berebut jawatan pm.Ketakutan ph ialah kepada muafakat nasional apabila ph telah tewas berturut turut dalam 5 prk terakhir.Urutan dari keadaan ini maka potensi 99.99 peratus ph akan tewas di kawasan pengundi campuran dan hanggus deposit di kawasan majoriti melayu dan jika menang pun hanya di kawasan bandar majoriti cina.Situasi sekarang mood rakyat bukan lagi seperti pru 14 yang lalu

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.