Header Ads

ads header

Flash News

Mesyuarat pertama semua parti politik Perikatan Nasional Selasa ini


KOTA BHARU
: Sebuah sekretariat yang menggabungkan Barisan Nasional (BN), Pas dan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat pada Selasa ini.

Pertemuan yang bakal disertai wakil-wakil parti politik dalam kerajaan PN itu akan didakan di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, agenda utama pertemuan kali pertama wakil-wakil parti itu ialah membincangkan secara mendalam perjalanan politik setiap parti dalam PN.

Beliau berkata, seperti mana UMNO dan Pas yang tidak pernah ada kerjasama politik sebelum ini sehinggalah permuafakatan dicapai, senario yang sama juga perlu diselaraskan dengan PN.
Merujuk pada hubungan politik UMNO dan Pas, Annuar berkata, jalinan kerjasama secara berperingkat antara dua parti itu akhirnya membuahkan hasil yang sangat positif.

"Kita (UMNO dan Pas) dengan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) macam itu juga, kita tidak pernah jumpa secara formal, kecuali Presiden parti.
"Tapi kali ini working group kita ada Majlis Presiden daripada enam parti politk PN dan kita ada sekretariat yang akan melaksanakan tugas.

"Sistem (kerjasama) sudah ada, apa keputusan buat di situ, kerjasama sangat kukuh dan kita mahu perkukuhkan lagi," kata beliau.

Pertemuan itu juga kelak, kata Annuar, akan merintis jalan ke arah percaturan politik baharu dan mengukuhkan penyantuan politik Pas, UMNO dan Bersatu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sekretariat berkenaan juga akan memikirkan mengenai keluh-kesah rakyat yang mahu melihat kestabilan politik dalam sesebuah kerajaan.

Kata beliau, antara perkara yang dijangka disentuh dalam pertemuan itu juga melibatkan pengagihan kerusi pada pilihan raya, hala tuju parti dan strategik PN bukan sahaja dalam kerajaan, sebaliknya, dalam landskap politik semasa.

Jelas Annuar, dengan adanya sekretariat itu juga, pandangan daripada parti pemerintah yang akan dikeluarkan kelak boleh dinyatakan secara bersama dan bukan lagi pandangan bersifat peribadi.


MR :  Berita sedih untuk Mahathir dan Anwar


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan: