Header Ads

ads header

Flash News

Musa Aman bebas 46 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram


Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman dibebaskan daripada 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan konsesi balak di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding mahkamah terbuka pagi ini.

Sebelumnya, semasa pendakwaan, pihak pendakwaan telah meminta supaya tetuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bela Musa Francis Ng mengesahkan anak guamnya telah dibebaskan.

"Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali," kata Ng.

Terdahulu, dilaporkan Musa telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan