Header Ads

ads header

Flash News

Nervous (Gementar) kerana takut tidak dapat diterima oleh rakyat kata Ismail Sabri


Nervous (Gementar). Sidang media dibuat selepas mesyuarat pertama Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk menyelaras apa yang dibuat oleh kementerian lain. Sudahlah hari itu mesyuarat pertama, agak gementar juga mempengerusikan mesyuarat pertama dalam kalangan menteri-menteri yang dahulunya duduk di kerusi berlainan (fahaman politik) dengan saya.

Itu jawapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bila ditanya pasal sidang media pertamanya isu PKP.

Ada lebih kurang 20 menteri berkaitan yang wajib ada dalam mesyuarat itu berserta dengan agensi berkaitan yang lain.

Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang saya anggap merupakan tugas yang amat berat kerana saya terpaksa memberikan makluman terkini kepada rakyat, yang kita tak tahu sejauh mana penerimaan rakyat kepada apa yang saya lakukan.

Pengumuman harian itu penting kepada rakyat. Apatah lagi ketika itu PKP ini masih terlalu awal untuk rakyat memahami dan lebih memberatkan saya adalah saya terpaksa menyekat banyak perkara, rutin harian rakyat, saya akan memaklumkan ini tak boleh, itu tak boleh, sudah tentu perasaan saya ketika itu adalah begitu gementar kerana takut tidak dapat diterima oleh rakyat.

MR :  Tapi gelaran 'Pak Long' akan membuatkan kedudukan politiknya sangat baik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: