Header Ads

Header ADS

Ni Mesti PH marah - DBKL beku permohonan baharu, perbaharui lesen minuman keras


KUALA LUMPUR:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membekukan semua permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras di pusat bandar, berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ekoran kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk yang berlaku di negara ini sejak kebelakangan ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi notis pemberitahuan dikeluarkan Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, hari ini.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen," katanya.

Sementara itu, jurucakap DBKL ketika dihubungi, memaklumkan arahan pembekuan bagi permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjualan minuman keras itu berkuat kuasa bagi suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Arahan ini akan menyaksikan pengurangan bilangan premis yang menjual minuman keras secara sah. Ia dibuat bagi mengekang kejadian kes kemalangan akibat pemandu mabuk.

"Perkara ini disepakati jawatankuasa khas berkaitan penjualan arak yang turut membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)," katanya.

Semalam, Annuar dilapor berkata, tindakan pembekuan itu adalah wajar sehingga satu garis panduan diwujudkan dan semakan perundangan dilakukan pihaknya.

Sebanyak 21 kes kemalangan jalan raya ekoran pemandu mabuk dengan lapas kes kematian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), antara Januari hingga Mei lalu.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu disabit kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol atau dadah.



MR :  PN tak banyak cakap banyak kerja


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


12 ulasan:

  1. HARAMKAN TERUS KILANG2 ARAK/KELAB MALAM/PUB sebagainya yang menjurus MAKSIAT di seluruh NEGARA.

    BalasPadam
  2. Mana dia macai2 ph kata pn/mn/bn tak buat apa2 kawal arak? Lepas ni meroyan lagi depa ada je tak kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan apa mungkin mereka juga KAKI BOTOL dan dapat saham azab ..tapi pura2 marah.
      sendiri buat nanti marahkan orang lain P akatan H ancing P unah H arapan.

      Padam
    2. Boleh la beku pasal permohonan baru dah tak berape nak ade. Buat setupa tak buat. hahaha. Takde perbezaan pun. Nak kaburkan mata rakyat kononnya dah buat tindakan nak kawal arak. Machai2 punyelah bersorak kene tipu secara halus. Kalau betul2 nak ambik tindakan yg semua yg dah ade lesen kita akan mansuhkan dan keluarkan lesen2 baru dalam jumlah yg sgt2 terhad. baru nampak jujur dalam tindakan. mulakan dgn mansuhkan penjulan di Seven E. tmpat tu senang sgt nak beli arak. dah boleh baca dah politik PN ni. semua corak UMNO. Kita acah2 buat janji machai2 bersorak. nampak macam dah buat tindakan walaupun tindakan tu takde perubahan ape2 pun.

      Padam
    3. Dah cakap dah..ada pencacai najis ph meroyan dah..

      Padam
  3. Nak dengar ulasan Arif Muluk.Masa PH tiada sebarang tindakan.Exco selangor beri izin arak diminum secara terbuka, Menteri kesihatan DR.Zul larang merokok tempat terbuka.Semuanya celaru.Tahniah PN ada tindakan awal,darpada tiada tindakan langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tindakan awal yg berakhir dgn tiada apa2 perubahan. Apalah gunanya. Tu pun ade orang dah ucap tahniah.

      Padam
    2. Meroyanlah ko. Pergi lah beli arak tu cepat2. Nanti susah nak dapat jangan menyesal ye..

      Padam
  4. Ayat psikologi untuk dilihat sopan...di bawah pengaruh alkohol. Hakikatnya MABUK ARAK! Tai ramai taknak guna mabuk arak.Kenapa? untuk dilihat kurang sensitif

    BalasPadam
  5. Padan muka ko kaki botol,,,
    Bodoh menyusahkan org,,,
    Keturunan haram jadah
    Leluhur bodoh punye keturunan

    BalasPadam
  6. Khalid samad xnk ulas ke

    BalasPadam
  7. nak mahadey ada kilang arak paling besar diAsia tenggara..Samuealgul bertempat di Fillipina. Akbar diMalaysia harus istiharkan kan benda ini

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.