Header Ads

ads header

Flash News

Noh Omar letak jawatan lepas 17 hari jadi pengerusi MISC


KUALA LUMPUR, 18 Jun
— MISC Bhd mengumumkan bahawa Tan Sri Noh Omar yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lepas telah meletak jawatan tersebut, berkuatkuasa 17 Jun 2020. 

“Tan Sri Noh Omar telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Noh berharap Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya, Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang serupa ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau.

MISC merupakan perkhidmatan serta penyelesaian maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa yang terkemuka. 

Perniagaan utama kumpulan terdiri daripada perkhidmatan pengangkutan bahan api dan aktiviti yang berkaitan, pemilikan serta pengoperasian penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan termasuk kerja naik taraf marin, kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan maritim bersepadu, khidmat pelabuhan dan terminal serta pendidikan dan latihan kelautan. — Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan