Header Ads

ads header

Flash News

Pegawai ahli parlimen Johor semasa Kerajaan PH ditahan SPRM


Penasihat khas kepada seorang ahli parlimen di Johor dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Individu terbabit ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi projek di bawah parlimen tersebut - bernilai RM58,000 - tetapi ia dipercayai tidak dilaksanakan.

Memetik sumber BH Online melaporkan penasihat khas yang berusia 43 tahun itu mengemukakan dan menuntut bayaran RM58,000 itu kepada pusat khidmat rakyat parlimen berkenaan bagi kerja-kerja pembekalan makanan di majlis rumah terbuka peringkat parlimen itu.

Bagaimanapun siasatan mendapati ia tidak pernah dilaksanakan.

"Tuntutan palsu dibuat pada 2019 dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya individu berkenaan ditahan semasa hadir ke pejabat SPRM hari ini.

Sumber itu berkata individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi mendapatkan kebenaran tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah esok.

Lelaki tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razalian Abdul Rahman mengesahkan tangkapan tersebut.

MR :  Kerajaan PH nampak macam warak tapi kebas duit rakyat, Macam Atok juga nampak bersih tapi anak beranak dan kroni kaya raya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Bila sibuk cari salah org maka terjumpa lah salahlaku sendiri..apa ulasan ph bekaitan kes ni lebih2lagi parti yg terlibat.

    BalasPadam
  2. Pegawai bawahan pun kuat tipu.
    PH memang penipu.

    BalasPadam