Header Ads

Header ADS

Bukit Aman ambil kenyataan Pengarang Malaysiakini Steven Gan kerana komen pembaca hina mahkamah


Peguam Negara Idrus Harun memfailkan permohonan ex-parte untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Malaysiakini dan ketua editornya.

Permohonan itu, yang difailkan semalam, dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi esok.

Dalam afidavitnya, Idrus berkata permohonan untuk prosiding komital itu berkaitan komen dalam artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” .

Mengetengahkan lima komen, Idrus berkata komen-komen dirujuk dengan jelas membawa maksud badan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

“Komen-komen tersebut menggugat keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan secara nyata berniat menjatuhkan nama baik pentadbiran keadilan oleh badan kehakiman,” tambahnya.

Sementara itu, Bukit Aman hari ini turut merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkaitan dakwaan itu.

Kes itu disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Kanun Keseksaan.

Gan berkata Malaysiakini bekerjasama dengan polis dan akan merujuk peguam berkaitan kes menghina mahkamah itu.

MR :  Lama dah lihat komen biadab dalam Mkini terutama edisi BI. Kebiadapan terutama isu Islam dan tahniah kepada Bukit Aman.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ajar mkini tu biar beradab sikit. Nak cari makan dalam negara baik sikit kelakuan.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.