Header Ads

Header ADS

Pemuda Umno, PAS, MIC dan MCA lapor polis isu kulit buku mirip Jata Negara


Pemuda Umno bersama-sama Pemuda PAS, Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat satu laporan polis berhubung kulit sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara.

Laporan polis berhubung kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ketika ditemui media selepas selesai membuat laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, Nizham meminta Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin untuk mengambil tindakan tegas terhadap pereka grafik kulit buku berkenaan.

"Kita minta kerajaan hari ini, kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan tegas: Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pihak polis dan agensi berkaitan, sila ambik tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.

"Ini bukan soal agama dan bangsa, tapi soal tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia," katanya kepada media selepas keluar dari bangunan polis.

Turut hadir, exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo; exco Pemuda PAS, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai; exco Pemuda MCA, Lim Soon Pin; dan setiausaha Pemuda MIC, G Theeageesh.

Dalam laporan polis berkenaan, Nizha menyifatkan kulit buku yang mirip Jata Negara itu memberi gambaran "merendah-rendahkan taraf Jata Negara dan memberikan gambaran buruk tentang negara kepada pembaca buku tersebut".

Selain itu, katanya dalam laporan berkenaan, dia mengesyaki rekaan kulit buku itu sengaja dibuat begitu untuk "merendahkan taraf lambang rasmi negara selain bermotifkan politik untuk menghasut kebencian kepada negara".

Katanya lagi kepada media, sebagai sebuah negara demokrasi, tidak mengapa jika ada pihak yang tidak menyokong kerajaan pada hari ini, tetapi katanya "penghinaan terhadap logo yang menunjukkan kedaulatan negara" adalah melampau.

Baru-baru ini, gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia mendapat perhatian di media sosial apabila ada warganet mendakwa susun letak kulit buku itu menghina Jata Negara.

Sementara itu, Faizzuddin menyifatkan kejadian itu sebagai "percubaan awal untuk memberikan ancaman kepada negara".

"Jata Negara adalah kedaulatan negara kita. Kita percaya ini hanyalah permulaan dan akan datang lagi serangan yang lebih dahsyat kepada negara kita.

"Apa mesej kami? Mesej kami ialah enough is enough! Sehingga setakat ini saja mereka boleh melampaui batas," tegasnya.

Dia turut memberi amaran agar tiada pihak yang 'melanggar lampu merah', dan mengancam akan menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada Himpunan Icerd sekiranya perkara itu berlanjutan.

Theeageesh pula menggesa ahli MIC seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. apa masalahnya. PDRM panggil saja penerbit dan pengarangnya ke bukit aman. jgn pula lps dipanggil, minta maaf dan kerajaan pun maafkan. senang sungguhlah mcm tu. jatuhkan hukuman yg setimpal. klu lggr pkp pun kena denda rm1k, kes hina jata negara ni lg teruklah. x kan nknleoas gitu jer

    BalasPadam
  2. Lucutkan kerakyatan mereka.

    BalasPadam
  3. Alahai orang Cina ni. Konon hebat sangat. Kalau balik China, pasti kena tangkap masuk jel, organ semua kena ambil untuk dijual kpd orang kaya.
    Kalau pergi Singapura pun sama, orang cina Malaysia dianggap low class di Singapura.
    Cina Malaysia hanya selamat kat Malaysia sahaja. Itu sebab lebih baik berkawan dgn orang Melayu macam MCA tu.

    DAP ni sama level dgn Pariah. Alat PAP. Kuli batak PAP. Lim KIT Siang kalau pergi Singapura orang cina Singapura akan ludah kat muka dia. Takde hebat mana pun.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.