Header Ads

ads header

Flash News

PKR pecat ketua Wanita Sabah, beri amaran kepada Tian Chua


PETALING JAYA:
Lembaga Disiplin PKR mengesahkan Ketua Wanita Sabah, Rahimah Majid dipecat manakala Naib Presiden, Tian Chua diberikan amaran.

Ini menyusul berita pemecatan 4 pemimpin lain semalam, iaitu Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, Adun Seberang Jaya, Afif Bahardin, Ketua Wanita Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria dan Adun Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang disahkan Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Pemecatan itu dipercayai berkaitan hubungan mereka dengan ahli politik yang kini menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim berkata Adun Machap Jaya, Ginie Lim dan Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang, Carolyn Khor turut diberikan amaran.

Katanya, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) turut bersetuju menggantung keahlian Ahmad Raj Abdullah yang melakukan serangan fizikal terhadap Tian Chua pada Mac lalu.

“Beliau digantung sehingga selesai siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tian Chua yang merupakan penyokong bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, dibaling dengan botol, ditampar dan digelar “pengkhianat” serta “anjing” oleh sekumpulan penyokong yang marah dengannya ketika beliau hendak memasuki keretanya selepas selesai mesyuarat MPP di ibu pejabat parti itu pada 1 Mac lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersama Afif dan Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri turut diganggu penyokong PKR ketika mereka meninggalkan ibu pejabat PKR pada hari sama.

Susulan itu, polis menahan seorang ahli PKR untuk membantu siasatan. Lelaki berusia 30-an itu ditahan di ibu pejabat PKR selepas polis menerima laporan pegawai bertugas.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Sedih jugak bila dengar Tian Chua diberi warning Tak patut, ini lah orang yang duduk depan truck FRU masa Reformasi yang menentang kezaliman Mahathir. Last last PKR, DAP dan Amanah yang bersama dengan Mahathir.

    BalasPadam
  2. Dalam banyak orang cina dalam PH, Tian Chua nilah yang paling dihormati.
    Malangnya orang banyak salah anggap dia dengan Tony Pua celaka tu.
    Tony Pua tu gandingan Rafizi Ramli yang merupakan agen Singapura utk jatuhkan kerajaan BN. Sekarang ni dua dua ekor anjing ni dinobatkan hero oleh satu Institute di Singapura nama Melayu tapi saya tak ingat.
    Inilah dia dua pengkhianat bangsa.

    Tian Chua ni berprinsip orangnya. Dia memang tak setuju PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Dia juga yang minta Ronnie Liu berdamai dgn Hassan Ali, tapi tak menjadi.
    Kesian.

    BalasPadam
  3. Pergolakan dalaman PKR sudah mula menjadi barah dan isu pecat memecat sudah lama dijangka selepas Nuar mengambil alih kepimpinan utama PKR. Nuar sudah mula membuat percaturan politik sejak menjadi Presiden PKR yang berkuasa mutlak. Ramai lagi pemimpin PKR bakal menyusul. Tian Chua antara pimpinan terawal parti rakyat dan pemimpin paling lantang menentang pemecatan PAS dari PR. Beliau memang seorang yang cukup jelas tentang sokongan terhadap PAS yang cukup mengetahui cerita sebenar tentang bagaimana PAS di singkir dari PR.

    BalasPadam