Header Ads

ads header

Flash News

Rupa ada duit RM400K dalam almari Bendahari Armada


Kuala Lumpur –
Presiden Youth Power Club (YPC) Kebangsaan, Rafiq Hakim Razali di dakwa melakukan penyelewangan dana kerajaan berjumlah RM50 juta yang di salurkan untuk pertubuhan belia tersebut.

Menurut sebuah laman Instagram Divaloca2, Rafiq yang juga merupakan Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), telah mengunakan dana tersebut untuk tujuan politik dan peribadi.

“Sedikit demi sedikit penyelewengan yang selama ini dilakukan oleh kumpulan ini mula terbongkar. Kenapa perlu Bendahari Armada mewujudkan satu akaun di bawah nama Armada Bumi Bersatu Enterprise?

“Dari mana sumber kemasukan duit ke dalam akaun tersebut? Siapa yang mengawal dan membelanjakan wang tersebut? Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan yang telah digunakan? Ini merupakan soalan-soalan yang cukup merungsingkan puak-puak yang selama ini berlindung di balik watak suci dan murni,” soal pengendali akaun tersebut.

Laman tersebut turut mendakwa hasil siasatan yang di lakukan, pihak berkuasa telah menjumpai wang tunai sejumlah RM400 ribu yang di simpan di dalam almari yang dimiliki oleh Bendahari pertubuhan belia tersebut.

“Bila pihak berkuasa melakukan siasatan keatas ke YPC (Youth Power Club) maka kerisauan bertukar menjadi panik dan ketakutan. Mulalah keluar statement si Ketua Penerangan kononnya 5 ahli Armada hilang. Hilang ke mana? Kalau diculik kenapa tidak buat laporan polis?

“Khabarnya si bekas menteri dan kuncu-kuncu benar-benar takut bila pihak berkuasa melakukan siasatan. Manakan tidak, cerita penyelewengan ini menjadi semakin besar bila dijumpai RM400,000 dalam almari rumah Bendahari Armada,” memetik kenyataan di laman tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mengesahkan telah menahan Rafiq bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, Rafiq ditahan pada petang Selasa selepas siasatan pihaknya mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun sayap pemuda parti Bersatu itu.

Beliau memaklumkan perintah reman ke atas Rafiq selama lima hari sehingga Ahad ini dikeluarkan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini di hadapan Majistret Shah Wira Abdul Halim mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Selain Rafiq turut ditahan seorang ahli Armada yang juga merupakan Bendahari YPC.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut. – SuaraTV

MR :  Pencuri dan perompak yang belajar dengan Atok dan keluarganya.. "rompak dalam suci"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Dapat rm50 juta tapi buat apa untuk rakyat? Lepas tu seleweng kan lagi pulak. Memang aku ludah je lah orang2 macam ni.

    BalasPadam
  2. ya,power curi duit rupanya,mana bekas ketua armada,cakap suci bersih piraaaaah

    BalasPadam
  3. Tak cekap ler lu mamat...ngaji dgn Tun Atuk tak habis lagi dah nak try ilmu merembat yg separuh masak tu...ngaji bagi habih dulu bohhhhh!!!

    BalasPadam
  4. Bekas menteri suci takkan salah kot?

    BalasPadam