Header Ads

ads header

Flash News

Saya Akan Tampaq Orang Yang Lawan DAP


1) Gambar atuk Patriot sedang angkat tangan ini diletakkan caption "Saya akan tampar orang yang lawan DAP". Kemudian orang yang upload gambar bercaption ini meletakkan caption tambahan dalam posting dengan kata-kata "Mai laa tampaq aku kalau berani", dan seumpamanya. Setelah itu, akan datang para tukang komen menambah minyak memaki hamun atuk Patriot itu.

2) Ini adalah contoh cyberbully dan fitnah yang tidak sepatutnya dibuat. Walaupun betul atuk Patriot itu menyokong PH dan DAP, tetapi ia tidak menghalalkan anda untuk bikin caption rekaan yang atuk tu tak pernah sebut pun. Kemudian dimaki pula terhadapnya atas sesuatu yang dia tak kata. Marah bagaimana pun pada seseorang, tak boleh anda mereka-reka fitnah terhadapnya.

3) Sama juga apabila Menteri Keewangan kata nak buat punjaman RM35 bilion dari pasaran tempatan, maka anda pun reka cherita "Haaa... pasaran tempatan mana lagi kalau bukan nak sapu duit KWSP". Setelah itu para followers dan friend FB pakat kutuk dan maki atas andaian tersebut. Ia akan berangkai sehingga akan muncul tuduhan-tuduhan yang boleh mendatangkan keresahan, dan mungkin boleh betul-betul terciduk disaman pula.

4) Padahal yang mula-mula membuat andaian itu tak tahu apa-apa pun. Hanya meluahkan rasa benci dihati sahaja tanpa ada fakta. Yang duk membahan beramai-ramai adalah para penyebar fitnah, fitnah itu circulate dalam kalangan penyebar sehingga akhirnya mereka sendiri meyakini fitnah itu sebagai benar. Mereka akan olah keyakinan mereka dengan mengadunkan fitnah itu dengan berita-berita separa benar. Akhirnya orang-orang yang tidak cermat akan menerima cherita itu bulat-bulat.

5) Kaedah ini berlaku dalam setiap parti dan blok politik, blok mazhab, dan seumpamanya - atas dasar mahu menunjal lawan mereka semahu-mahunya. Bezanya, banyak atau sedikit. Bezanya ia dilakukan atas keterlanjuran, ataupun ia memang core strategy. Jika ia adalah terlanjur memfitnah, mereka akan mohon maaf setelah ditegur. Jika ia adalah core strategy, ia akan terus diputar dan dipusing selagi boleh.

6) Berhentilah buat kerja macam tu. Kita mesti didik diri kita untuk jujur dan berdisiplin. Supaya menjadi contoh kepada generasi seterusnya. Supaya kita dapat memutuskan rantai wabak memfitnah dan mereka fitnah. Buatlah perintah kawalan fitnah - diperketat atau bersyarat. Selamatkan kita, ahli kita daripada terjebak dengan sikap buruk ini. Yang pernah buat, kita sama-sama stop. Dan juga sama-sama tak payah layan kalau ada jenis buat gambar letak caption merepek. Saya pun pernah juga buat. Memes memang kelakar. Kadang-kadang hambar pun ada. Kalau boleh elakkan lah.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa


MR :  Orang Melayu Islam patut tampar ramai-ramai 'sekor' ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Lihatlah keadaan kalau dia orang kurang ajar kita pun sama kurang ajar.

    BalasPadam
  2. Kalau manusia yang merekacipta itu ada pengucap dua kalimah syahadah maka berdosa BESARlah dia kerana telah memfitnah. Kalau belum mati terpaksalah mencari yang dituduh untuk mohon maaf. Kalau tak, jawablah di akhirat nanti.

    BalasPadam
  3. Elak tambah dosa mudah melalui fitnah berantai.Orang baca kemudian hantar kepada berapa banyak lagi fitnah tersebut tersebar.Hidup kenyang dengan fitnah. Amalan sendiri lebur dek dosa fitnah menimbun.Muflis di akhirat

    BalasPadam
  4. Dia ingat dia sorang ada tangan...
    Akai mana ???

    BalasPadam
  5. Ini adalah berpunca dari rasa taksub.. taksub pada puak2 yg disokong.. sehingga buta hati.. lupa akhlak.. tapi bila mana puak2 mereka yg melakukan kesalahan akan didiamkan.. disembunyikan.. dilupakan.. sekiranya puak2 yg dibenci segala apa pun akan dimaki.. ditentang.. walaupun perkara itu baik dan ada betulnya.. semua akan cuba dispin seolah2 menjadi salah.. bagi puak2 ni mereka akan lakukan apa saja tak kira betul atau salah demi bangsa dan agama.. mereka beranggapan Allah pasti redha cara mereka.. berhentilah... Islam tidak begitu sifatnya. Yg betul tetap betul.. yg salah tetap salah.. tak kiralah kita puak2 mana.. bangsa mana.. agama mana.. begitulah disiplin orang berilmu.. orang beragama Islam..

    BalasPadam