Header Ads

ads header

Flash News

Siasat pendedahan bekas AG – Idris


KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad meminta satu siasatan dijalankan berhubung dakwaan bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali yang mengatakan Gopal Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.

Menurut beliau, perkara berkenaan perlu disiasat kerana dakwaan sebegitu dilihat serius dan melibatkan soal perundangan dan sistem kehakiman negara.

Oleh itu katanya, siasatan perlu dijalankan dengan telus dan sekiranya mereka didapati bersalah tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil.

“Ini kerana yang membuat dakwaan itu adalah bekas Peguam Negara, maka sudah tentu beliau mengetahui tentang implikasi undang-undang negara,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily.

Selain itu, beliau juga berharap, agar perkara yang didakwa oleh bekas Peguam Negara itu tidak terhenti hanya di laman Facebooknya sahaja.

Namun sebaliknya, perlu kemukakan berkenaan dakwaan itu ke muka pengadilan bagi mendapatkan kebenaran dalam hal itu.

Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali mendakwa mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap Najib Razak.

Merujuk hantaran di Facebooknya, Apandi mendakwa Sri Ram telah berkunjung ke rumahnya pada Januari 2018, dikatakan atas arahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apandi selanjutnya mendakwa Sri Ram memberitahunya bahawa beliau akan menjadi wira di mata rakyat serta menjadi peguam negara pertama menangkap seorang yang sedang menjadi perdana menteri di Malaysia.

Katanya, apabila beliau bertanya Sri Ram atas alasan apa Najib hendak ditangkap.

Mengikut kenyataan itu, Sri Ram didakwa berkata, “Saudara, rakyat di luar sana merasa kecewa dan tidak gembira, hakikat bahawa anda menangkapnya, tidak kira alasannya, akan membuatkan rakyat berbahagia.”- HARAKAHDAILY 12/6/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan