Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof hari ni menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan.

Bercakap dalam satu sidang media khas di kediamannya di Kajang hari ini, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa beliau percaya terdapat kumpulan tertentu yang mahu gugat kestabilan politik negara dengan menyebarkan spekulasi tersebut .

“Sekali lagi saya ulangi saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan," katanya.

Ahli parlimen Alor Gajah itu juga menegaskan beliau akan kekal bekerjasama dalam kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mantapkan negara.

“Saya yakin (kerajaan dipimpin Muhyiddin) dan dengan apa yang kita ada selama ini.

“Tidak perlu orang lain nak politikkan keadaan semasa dan bersama kita bantu negara bagi menghadapi pasca Covid-19,” katanya lagi.

“Tidak tahulah kenapa saya (dikaitkan dengan spekulasi perletakan jawatan), mungkin saya ini berbeza kerana bukan dari parti Umno, PAS, DAP atau PKR sebelum ini,” katanya.

Mohd Redzuan berkata beliau kini lebih komited untuk membentuk pelapis bagi parti tersebut.

“Saya lebih hendak bentuk pelapis iaitu dari Armada dan Bersatu untuk memastikan bahawa terdapat kesinambungan dalam parti,” katanya.


MR :  Mangsa mainan PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Takkan nak ikut Tun. Tun tu GPS lama yang dah rosak dawai.Lost kontrol dah.jatuh longkang la kalu ikut GPS tu.Haritu pn dah celaru,GPS bacaan salah dan brek mengejut.semua terpelanting keluar.Nak guna lagi ker GPS zaman purba tu?

    BalasPadam
  2. tsmy terbaik, org tua tu dah mula dah permainan dia

    BalasPadam