Header Ads

Header ADS

Antara inisiatif kerajaan PN yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat


Antara inisiatif #PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat :

1) Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi.

2) Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion termasuk insentif bagi melibatkan penggangur berumur di bawah 40 tahun, penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.

3) RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

4) Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga
golongan belia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 200 ribu orang.

5) Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan selain insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.

6) Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

7) 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.

8) Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.

9) Perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma akan diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video sehingga 31 Disember 2020.

10) Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.

11) Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.

12) Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.

13) Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.

14) Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.

15) Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.

16) Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

17) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.

18) Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.

19) Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.

20) Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.

21) Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

22) Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021.

23) Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

24) Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.

25) Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood
sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini.

26) Pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.

27) Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

28) Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.

29) RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini.

30) Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

#Penjana
#BersamaMenjanaEkonomi
#KerajaanPrihatin

Catatan :
Mustaman Bin Mustain,
Bukit Garam, Kinabatangan.





MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Terima kasih PM MY dari PN kerana kuat bekerja membantu rakyat. Tiada bohong,tiada kencing, tiada fitnah.Kerja jalan dan rakyat senang.GPS PM MY masih ok membawa hala tuju negara. GPS Atuk Tun dah out of service.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.