Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak ada Masalah dengan Anwar, "Hanya saya tak nak dia jadi PM" Ini yang sebenarnya


Hari ini Mahathir cuba mengalih krisis antara PH dengan PH ++ kepada Anwar Ibrahim. Kalau baca tajuk Sinar Harian pula "Mungkin Anwar ada masalah dengan saya: Tun M"

Dia pass bola kepada Anwar biar Anwar menjawab. Atok daripada awal memang tak nak Anwar menjadi PM. Sebab itu dia letak jawatan.

Malaysiakini, akhbar yang dapat kontrak untuk promosi PH menulis bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, namun tidak tahu apakah pemimpin berkenaan juga merasakan perkara yang sama.

Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Anwar, Mahathir berkata: "Setahu saya, saya tidak mempunyai masalah dengan Anwar."

"Mungkin dia mempunyai masalah dengan saya, yang saya tidak tahu, anda harus bertanya kepadanya," tambahnya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam Anwar dan PKR sekali lagi tidak hadir dalam mesyuarat yang berlangsung antara Mahathir, parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

PH, Mahathir dan Warisan mengakui sedang berusaha mengambil alih semula kerajaan dari Perikatan Nasional (PN), namun persoalan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri antara Mahathir dan Anwar terus menjadi polemik.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu.

"Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

"Tetapi tidak lama. Saya sudah berusia 94 tahun, berapa bulan lagi?" katanya.

MR :  Anwar kena jawab, Anwar bakal kena kencing lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. "Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada."

    Dulu sebelum ada internet dan media sosial awak kawal semua media siaran dan cetak. Sekarang Semua orang dah tahu awak orang macam mana. Pemuda pemudi yang belum dilahirkan waktu awak porak peranda poltik negara, mereka cuma kagum dengar jasa awak kpd negara kononnya. Sekarang dia orang dah tahu awak apa jenis manusia.

    "Tetapi tidak lama. Saya sudah berusia 94 tahun, berapa bulan lagi?" katanya."

    Jadi awak nak agung bagi awak semula jadi pm untuk ueberapa bulan untuk buat boboi jadi tpm dam selesaikan perjanjian2 kontrak pada kroni?

    PTUIII!

    BalasPadam
  2. "Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu."

    aka aku tak nak rumah ko tapi klu ko bagi aku pakai lah kejap ye..

    atau aku tak nak isteri ko tapi kalau ko bagi aku pakai lah kejap ya..

    Apa nak jadi manusia ni..

    BalasPadam
  3. Atuk Kerala dan Atuk Non Liberal boneka ternakan DA-Pigs sedang berlakon wayang opera dengan pelbagai tipu muslihat untuk menjatuh satu sama lain.

    Atuk kit sial ketawa tergolek-golek sambil makan pop-corn dan menonton wayang opera sambil berkata "manyak bodo punya olang ... kah kah kah kah "

    BalasPadam
  4. Haha. Sbb utama PH jatuh kerana peralihan kuasa pada Anwar dilengah2kan. takkan Tun dah lupa. dah memang Tun taknak bagi kat Anwar padahal dah berjanji bagai. Lepas tu boleh plak cakap Tun takde masalah dgn Anwar. Lepas tu boleh pulak kutuk Anwar liberal. hahaha. Nampak sgt yg Tun yg sebenarnya ada masalah dgn Anwar. Anwar takde pulak kutuk Tun walaupun dah kena kencing dgn Tun. Sekarang Tun tersepit dalam permainan Tun sendiri. dikhianati Muhyidin dan dalam masa yg sama mengkhianati Anwar dan rakyat yg menyokong PH. Akhirnya Tun melalak tak tentu arah. Tujuan Tun utk membetulkan segala kesalahan kerajaan BN Bijan dulu bolehlah Tun lupakan. Segala penat lelah PH nak menjatuhkan BN dulu terkubur kerana sikap penipu Tun ni.

    BalasPadam
  5. "Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

    Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu."

    “Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

    Masih Mencuba dan masih mengharap MP-MP bagi peluang Nasib pada MADEY dengan "KATA-KATA" seolah dia sahaja yang masih bernilai sangat..
    MP-MP yang yang menteri kena pecat lepas 22 bulan lalu kalau masih tak belajar dari pengalaman kena TIPU , kena KENCING, kena BOHONG, kena PERMAIN dan paling UTAMA KENA BANGANG DENGAN MADEY..tak serik lagi ke..ke nak "KENA" semula ayat "KENA" tu kali KEDUA oleh si MADEY ..SI PEMBUAT KEMUSNAHAN KARIER ORANG LAIN..

    MP-MP orang terpelajar..BIAR TERPELAJAR DAN MEMPELAJARI BUKAN NYA TERPELAJAR TAPI MASIH DI PERBONGOK KAN oleh manusia yang semakin kurang kewarasan atas sesuatu KEGILAAN..

    BalasPadam
  6. Masih mengharap hanya dia yang benar,rehat la tak ada lagi yg diharapkan ,lebih baik jangan memporak peranda menjadi keymaster sangat,orang kata"mulut mu manis macam gula tapi akhirnya penyakit berbahaya berlevel tinggi yang didapat "

    BalasPadam