Header Ads

ads header

Flash News

Selepas kuarantin, Muhyiddin mulakan tugas dengan menghadap Agong


PETALING JAYA:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan tugas selepas menjalani kuarantin selama 14 hari dengan mengadap Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi sidang video.

Perdana menteri kemudian mempengerusi mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota.

“Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di 2 bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra,” kata kenyataan di Facebook.

Langkah julung kali itu bagi mejamin penjagaan kesihatan yang ketat dan penjarakkan sosial, selepas perdana menteri dikuarantin pada 22 Mei selepas seorang pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.

Sepanjang tempoh kuarantin, Muhyiddin bertugas dari rumahnya.

“Pada 2 Jun, perdana menteri sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif,” katanya.

MR :  Nampak slow, tapi smart dan ganas.. kita tunggu apa dia buat untuk Atok selepas keluar kuarantin


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan