Header Ads

Header ADS

Muhyiddin singkir tiga pemimpin Bersatu dari 'Geng' Mahathir


Tiga pemimpin Bersatu di peringkat pusat dan negeri yang diketahui umum berpihak kepada Dr Mahathir Mohamad telah dipecat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Mereka adalah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Marzuki Yahya, dan timbalan Pengerusi Bersatu Kedah Anuar Abdul Hamid.

Surat penamatan perkhidmatan ketiga-tiga mereka bertarikh 2 Mei dan menggunakan kepala surat Presiden Bersatu. Ia ditandatangani oleh Muhyiddin selaku presiden parti dan pemangku pengerusi.

Menurut surat itu, semua ketiga-tiga mereka ditamatkan jawatan masing-masing berkuatkuasa serta merta. Tidak ada sebarang alasan yang diberikan oleh Muhyiddin.

Marzuki berkata bahawa dia menerima surat itu melalui Whatsapp dari setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya semalam, sementara Anuar pula berkata, bahawa dia menerima suratnya pagi ini.

Marzuki juga adalah Setiausaha Agung Bersatu tetapi dipecat oleh Muhyiddin baru-baru ini. Bagaimanapun, pemecatan itu tidak diiktiraf oleh Dr Mahathir yang mendakwa bahawa sebagai pengerusi perkara itu tidak dirujuk kepadanya.

Marzuki juga mengesahkan bahawa Akhramsyah telah menerima surat yang sama, dan tidak faham mengapa Akhramsyah juga dipecat sedangkan beliau adalah salah satu daripada tujuh anggota pengasas parti itu.

Sementara itu, Anuar mendakwa pemecatannya sebagai timbalan pengerusi Bersatu Kedah adalah usaha kem Muhyiddin untuk membersihkan kepimpinan parti daripada penyokong Mahathir.

“(Sebelum ini) Mukhriz Mahathir depa dah pecat dah. Jadi sekarang, mereka jadikan saya sasaran, saya timbalan.

“Jadi tak ada siapa la lepas ni. Nampak tak? Jadi depa boleh kontrol la Kedah,” katanya.

Beliau juga percaya bahawa pemecatan itu ada hubungan dengan laporan yang dibuatnya kepada SPRM dan lembaga disiplin parti terhadap Muhyiddin dan Suhaimi.

Anuar berkata, bahawa bersedia dipanggil oleh lembaga disiplin parti, tetapi kecewa kerana ini tidak dilakukan.

"Bagi saya, mudah saja, panggil saya berdepan lembaga tatatertib dan saya akan ceritakan segala-galanya ( tentang mengapa laporan dibuat)

"Tetapi mereka pengecut. Mereka pilih pecat saya," katanya.

Anuar dalam satu kenyataan kemudian berkata bahawa beliau tidak mengiktiraf surat pemberhentian oleh Muhyiddin dan menganggapnya tidak sah, dengan alasan bahawa tindakan tersebut mesti dilakukan setelah berbincang dengan pengerusi parti.

MR :  Tidakan yang tepat dan bijak untuk Bersatu lebih kukuh bersama PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. PM adalah pemimpin yang bijaksana kerana menghalau musang DA-Pigs berbulu ayam keluar dari reban ayam supaya ayam dalam reban selamat dari ancaman puak musang.

    BalasPadam
  2. menCEGAH lebih utama dari meRAWAT...BERJUANG HAPUSKAN KEBURUKAN juga lebih utama sebelum mencapai KEBAIKAN.

    BalasPadam
  3. Hang dah xdak kuasa..terima pemecatan tu.nanti hang dah kuasa nanti..hang pecat lah balik.banyak bunyi betul

    BalasPadam
  4. PUTUSKAN RANTAIAN KEBOLEHJANGKITAN

    BalasPadam
  5. Tindakan tegas, tepat & bijaksana.

    BalasPadam
  6. Ambik hang...baru hang ada akaiiiiii...pi dok kat Dap pulak nooo..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.