Header Ads

ads header

Flash News

Kalau PN tamak dan nak bolok harta rakyat, Kalau PH mengambil kira kemampuan dan pengalaman


PH ni cakap hebat, buat tak, menipu pun ada. Hipokrit. Orang lain tak boleh mereka boleh buat sebab itu sebelum ini ada 38 pimpinan politik berada di GLC walaupun manifesto kata tak boleh. Rakyat bodoh kena kencing. Ini membuat aku makin boring dengan PH. Bacalah berita di bawah, kalah pun masih agih GLC itu pun mulut kutuk PN

Dua pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga bekas menteri dan timbalan menteri dilantik menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri Sabah.

Menurut Astro Awani, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking (gambar atas) dilantik sebagai Pengerusi Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (Sogip).

Manakala, bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman pula dilantik sebagai Pengerusi Warisan Harta Sdn Bhd merupakan anak syarikat kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal mengesahkan pelantikan dua pemimpin Warisan itu bagi jawatan berkenaan.

Shafie menjelaskan pelantikan dua bekas menteri dan timbalan menteri itu dibuat dengan mengambil kira kemampuan serta pengalaman mereka.

“Saya tahu mereka berpengalaman dan berkelayakan, tetapi kita perlu cari yang lain juga yang mempunyai kelayakan dan tentukan di mana mereka boleh ditempatkan.

“Banyak GLC yang ada diketuai oleh bukan wakil rakyat. Kalau ada satu dua, saya akan tengok dahulu kelayakan, bukan sebab mereka YB,” katanya kepada media di Kota Kinabalu, semalam.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan aplikasi Sabah Trace, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu.

Azis Jamman.

MR :  Masih ada lagi ke yang percaya dengan PH?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: