Header Ads

ads header

Flash News

Semasa Ada kuasa gaduh, tak ada kuasa pun gaduh.. gaduh, gaduh, gaduh


PETALING JAYA:
Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke-9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya, Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut.

Setiausaha sayap PKR itu, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, Maszlee juga perlu sedar bahawa jawatan perdana menteri bukan hak muktlak Dr Mahathir Mohamad.

“Saya bersetuju bahawa jawatan perdana menteri bukan hak mutlak sesiapa. Tetapi apakah Maszlee tidak sedar bahawa beliau seolah-olah sedang memutlakkan jawatan perdana menteri itu hanya kepada Tun Mahathir?,” katanya kepada FMT ketika dihubungi hari ini.

Syukri berkata, cadangan meletakkan Anwar sebagai calon perdana menteri dibuat dengan mengambil kira sokongan Pakatan Harapan (PH), iaitu gabungan PKR, Amanah dan DAP dengan komposisi 91 ahli Parlimen yang sebulat suara menamakan presiden PKR itu.

“Soalnya sekarang, pihak manakah pula yang menamakan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri?

“Adalah lebih mudah sekiranya Maszlee sama-sama membantu untuk merasionalkan Mahathir agar memberi sokongan padu kepada Anwar, bukan lagi merayu supaya Anwar Ibrahim mengalah buat kesekian kalinya,” katanya.

Beliau berkata, Maszlee sepatutnya bersetuju dengan suara majoriti untuk memilih perdana menteri, bukannya mempertahankan untuk mengekalkan Mahathir sebagai calon kerana tiada majoriti bersetuju.

“Saya bersetuju dengan Maszlee yang menyifatkan Mahathir sebagai ‘galah sejengkal’ yang diperlukan oleh PH untuk mengambil semula tampuk pemerintahan negara.

“Namun agak aneh apabila Maszlee mencadangkan supaya galah sejengkal itu diangkat mengetuai kerajaan. Anwar Ibrahim yang memiliki sokongan 37 ahli Parlimen PKR dan sokongan DAP dan Amanah dipaksa mengalah,” katanya merujuk kepada kenyataan bekas pemimpin PPBM itu di Facebook hari ini.

Dalam tulisan bertajuk “Galah sejengkal Tun Dr Mahathir”, Maszlee berkata, rundingan PH untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dibuat dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri merupakan hak mutlak Anwar.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, tanpa Mahathir, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis, bahkan mustahil.

“Hakikatnya jelas, tanpa Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan sangatlah tipis, bahkan mustahil.

“Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Anwar, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112,” katanya.

Syukri berkata, mengapakah Maszlee tidak memujuk “galah sejengkal” dan penyokongnya untuk sama-sama berdiri teguh mengangkat Anwar sebagai perdana menteri?

“Jika alasan untuk memaksa Anwar mengalah ialah negara dalam bahaya dan memerlukan perubahan segera, maka mengapa alasan itu seolah-olah hanya tertuju kepada Anwar.

“Bukankah atas alasan yang sama, Mahathir dan kumpulannya juga perlu berlapang dada dan sepakat mengangkat Anwar,”katanya.

Tanpa berselindung beliau turut mendakwa bahawa pentadbiran PH selama 22 bulan yang diketuai Mahathir sebelum ini telah gagal kerana banyak janji yang tidak ditunaikan.


MR :  Buat rakyat jadi muak dan nak muntah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Netizen Cina hina Islam dan umat Islam, buka masjid keputusan sampah.

    Sumber:
    https://cin-ca.blogspot.com/2020/06/netizen-cina-hina-islam-buka-masjid-sampah.html#ixzz6PCqLoW4y

    KITA MOHON PIHAK BERKUASA SEGERA MENANGKAP DAN MENDAKWA PUAK RASIS INI DI MAHKAMAH DENGAN SEGERA KERANA HASUTAN PERKAUMAN MEREKA BOLEH MENCETUSKAN KEBENCIAN, KEMARAHAN, PERMUSUHAN DAN RUSUHAN TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA @ TANAH MELAYU KITA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti mereka bagi alasan mereka buat komen dalam keadaan mabuk minum arak.
      Maka saya menyeru umat Islam supaya sokong kempen haramkan terus Arak dari muka bumi Malaysia.
      Malay lives matters. Hentikan pembunuhan umat Islam akibat cina mabuk. Hentikan penghinaan umat Islam akibat cina mabuk.
      Malaysia perlu bebas arak. Orang Islam yg tidak sokong maka Munafik lah dia.
      Jikalau cina tidak suka hidup di Malaysia kerana tak boleh minum arak, maka dengan segala hormat ya dipersilakan untuk keluar. Malaysia tidak perlukan mereka.

      Padam
    2. SOKOMMM..MLM..Malay Lives Matters!

      Padam
    3. Kesan orang2 ini dan mula2 keluarkan mereka dari daftar pengundi. Lepas tu lucutkan kerakyatan mereka.

      Padam
  2. "Makcik makcik, si Maszlee Malik ni kan baaaik sangat sangat orangnya.... " kata seorang perempuan gedik yang sepanjang hidupnya dibesarkan di Ostrolia.

    BalasPadam
  3. Eric Paulsen: Apa guna PH jatuh, tangan ‘halus’ masih di kerajaan

    Individu benci Islam bukan calon sesuai diberi ruang dalam kerajaan.

    Sumber:

    https://ismaweb.net/2020/06/13/eric-paulsen-apa-guna-ph-jatuh-tangan-halus-masih-di-kerajaan/

    BalasPadam
  4. pukimak cina lahanat sekor ni, pihak berkuasa kena amik tindakan..

    BalasPadam