Header Ads

ads header

Flash News

Shafie Apdal Calon PM ganti kekusutan Mahathir-Anwar


PH dan sekutunya, yang digelar sebagai PH Plus, mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan Anwar membongkar sebenarnya mereka tak ada bilangan MP yang cukup. Kedua-dua mereka londeh melondeh dalam hal ini yang sebelum ini macai PH ghairah nak ambil alih kerajaan.

Usaha mereka untuk mengambil alih semula kuasa makin buntu selepas berselisih pendapat mengenai calon perdana menteri.

PKR tetap mahukan presidennya, Anwar Ibrahim menerajui kerajaan dan menolak jawatan itu diserahkan semula kepada Dr Mahathir.

Sementara itu, nama Presiden Warisan, Shafie Apdal muncul sebagai calon pilihan bagi menggantikan Mahathir dan Anwar, yang telah berseteru selama lebih daripada dua dekad.

Malam tadi, Naib Presiden Warisan, Junz Wong menerusi Facebook mengulas  mengenai calon perdana menteri dari Sabah, sambil memaparkan gambar Shafie dengan keterangan berbunyi "berdiri teguh bersama DSSA"

"Aspirasi untuk melihat seorang Sabahan (atau Sarawakian) memimpin negara Malaysia sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti bukan mustahil.

"Ia boleh termakbul dengan kesatuan hati yang teguh dan utuh," tulisnya.

Timbalan presiden Warisan, Darell Leiking juga membuat kiasan halus mengenai perkara itu.

"Ada orang meramalkan bertahun-tahun lalu bahawa untuk memperbetulkan Persekutuan Malaysia, sesiapa sahaja yang boleh diterima oleh persekutuan dan berasal dari Borneo - Sabah dan Sarawak - dapat sama-sama memimpin persekutuan sebagai PM.

"Mengapa tidak benar? Sudah 57 Tahun !" katanya.


MR :  Buat apa pun rakyat dah muak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


8 ulasan:

  1. Warisan yang nak tumbang nak jadi pm? Merapu dah puak2 ph.

    BalasPadam
  2. Makin Bahlol nampaknya PH ni.

    BalasPadam
  3. Kelakarnya, sapie tak afdal Punya masalah dgn musa dah aman pun belum selesai, ada hati Nak jadi p.m., badut sarkas bolehlah pie.

    BalasPadam
  4. bazir masa duk layan manusia kemaruk kuasa nih

    BalasPadam
  5. Shafie afdal mcm mcm langit dan bumi, sentuh langit x dpt nak terbang x sayap,ahli warisan ramai yg keluar,badut sarkas la Shafie x afdal

    BalasPadam
  6. bertambah seronik filem kemaruk skrg ni...
    tambah popcorn lagi...hahaha

    BalasPadam
  7. Mahathir tau sangat Syafie banyak masaalah, senang senang saja kena pulas telinga kalau tak ikut cakap Atuk.

    BalasPadam
  8. Syafie ni pun takde sokongan cukup.. sama dgn Anwar.. kenapa sokong Shafie plak? Jgn buat lawak bangang Tun.. Anwar lagi byk sokongan dari Shafie. So mane yg byk tulah sokong.. nampak clear betul dah yg taknak Anwar jadi PM.. lagi cakap nak tolong Anwar.. yg pasti PKR takkan sokong.. so bolehlah Tun petik nama lain plak.. Mat Sabu takkan tak boleh.. sebulu ngan Tun jugak.. pernah dtg rumah makan2 sama2..

    BalasPadam