Header Ads

ads header

Flash News

PAS kemuka usul undi percaya terhadap Muhyiddin?


PAS telah mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dibentang dan dibahaskan dalam sidang parlimen yang akan bermula 13 Julai depan, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercyaaan terhadap Muhyiddin yang telah menunjukkan kepimpinan yang prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.

"PAS yakin kepimpinan Perdana Menteri akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan, sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan-kerajaan Negeri.

"Segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Menurut Takiyuddin, PAS amat yakin usul tersebut akan mendapat sokongan majoriti anggota parlimen apabila dibentangkan nanti.

"Dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama semua rakyat," jelasnya.


MR :  Apa pula muslihat PAS kali ini?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Usul percaya ini ialah untuk orang pembangkang. Target dia adalah pembangkang. Dalam pembangkang, berapa ramai yang percaya kpd Tan Sri Muhyuddin Yassin.
    Ini muslihatnya.

    Undi tak percaya pula adalah targetnya kpd parti kerajaan. Dalam 114 MP tu, berapa ramai yang tak percaya TSMY.

    Kena faham konsep bro. Kena faham siapa sasaran mereka.
    Tun M bila buat undi tak percaya, dia akan beli orang yang tak percaya tu. Tun M banyak sangat duit dia. Tu sebab DAP boleh sokong dia. PH akan menang guna duit Tun M yang sebenarnya duit rakyat yg telah dirompak sepanjang dia jadi PM 22 tahun 22 bulan.
    Shafie Apdal ni hanyalah kuli batak Tun M. Kalau percaya Shafie Apdal ni memang bodoh gila la.
    Tapi level macai ni memang bodoh pun. Dah kena kencing dgn kapir DAP pun masih sokong lagi. Dah kena rompak dengan Tun M dan anak beranak Tun M pun masih sokong lagi. Tak cukup bodph, Bahlol pun masih tak cukup lagi.

    BalasPadam