Header Ads

ads header

Flash News

SPRM rampas wang tunai RM600,000 di rumah 2 Pemuda PPBM


PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah 2 Pemuda PPBM, yang dipercayai merupakan wang milik parti berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dilaporkan berkata, kedua-dua ahli Pemuda PPBM itu disoal-siasat pada 5 Jun lepas.

“Setelah disoal siasat, pegawai (SPRM) pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di 2 lokasi berasingan di Kuala Lumpur. Mereka menemui wang tunai RM600,000 di 2 lokasi itu,” katanya.

Selain itu, SPRM juga merampas sebuah kereta bernilai RM100,000 yang dimiliki pihak ketiga dan dipercayai sudah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi FMT turut mengesahkan perkara tersebut.

Terdahulu, SPRM menahan seorang pemimpin pemuda parti itu bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang bekas ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman.

SPRM menolak sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tangkapan itu bermotif politik dan dalam kes berkenaan, agensi itu mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun Pemuda PPBM.

Sebelum ini, media melaporkan kes kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes itu pada Mac.


MR :  Yang ini Malaysiakini lambat siar..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. Kesian tak sempat guna. sprm doh pungut.

    BalasPadam
  2. Bos ARMADA yang baru kena tendang tu, kes yang dikatakan dengan gadis cun tu apa jadi. Jadi macam MS dengn Zaza ke ? Tak de siapa peduli kita ada pemimpin mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bukan gadis!Mak Jan A.K.A dah barai, janda anak dua!

      Padam
  3. Bapak bodek anak rintik. Siasat bekas pengerusi sekali. Tanya mana pergi rm50 juta disalur ke ypc?

    BalasPadam
  4. Ini lah selalu nya sikit2 salah najib kapal tengelam salah najib kapalterbang jatuh salah najib ini pula hilang duit dalam pun munkin najib yg curi...itu lah pendapat org2PH semua najib ...sekarang yg memburuk dan menghina najib tu lah yg jadi penyamun sebenar nya tu yg berebut nak jadi menteri dan buat fitnah berbagai....ingat bemda yg tipu tu makan diri sendiri

    BalasPadam